10 February 2010

Biarkan Aku Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Malas sekali untuk mengupdate entry baru. Mood telah hilang. Walaupun hujung minggu yang lalu padat dengan aktiviti menjalinkan hubungan silaturrahim, entah kenapa 'rasa' ini kembali lagi. Rasa yang aku tak suka, rasa yang aku sentiasa elak, rasa yang aku sering menolak. Ah! Penat sungguh bermain dengan rasa ini. Di tambah lagi dengan kesibukan menjalankan rutin sebagai seorang pelajar. Dengan assignment yang tak surut-surut, dengan exam yang tak reti-reti nak habis, dengan segala macam membuatkan aku kembali mengeluh. Ah! Biarkan. Aku insan yang lemah. Terkadang lelah lalu tersungkur.

Dengan segala macam rasa ini, membuatkan aku tersangat penat dengan hidup ini. Ya Allah, ampunkan aku kerana meluahkan ini. Terkadang, aku hampir tidak berdaya meneruskannya. Bantulah aku Ya Allah. Saban hari aku menitiskan air mata dek kerana tak mampu menanggung rasa ini lagi. Rasa yang menutup segala peluang untuk semangat kembali bercambah. Aku tidak mampu menanggung rasa ini lagi. Bebaskan aku dari rasa ini untuk seketika. Kerana ada tanggungjawab yang perlu aku lunaskan, PadaMU ku memohon Ya Allah.

Exam bakal menjelma esok. Assignment perku disubmit esok. Tutorial perlu dihadiri esok. Lusanya pula exam menjengah lagi. Cabaran kembali bertambah. Peluang seharusnya makin cerah. Tapi aku sangat penat. 

Saat aku menghadapkan jiwa dan ragaku sujud pada keagunganMu Ya Allah, terasa tenangnya saat itu. Kau pimpinlah aku kembali berada di jalan rahmatMu.

Tak terasa bila ia menjengah..
Tapi terasa bila ia menghilang..
Tak hargai bila ia di sisi..
Tapi menyesal bila ia pergi..

Nur: Aku ingin sendiri..

No comments: