Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Alhamdulillah, 'mood' itu sudah kembali. Hari ini hari Rabu. Saya suka hari Rabu. Kerana hari ini berjaya mengembalikan semangat saya. Jadinya saya sangat gembira. Okay sekian untuk hari Rabu.
Hehe. Actually, hari ini aku ada presentation, kuiz dan juga pop kuiz. Owh! Sibuknya aku sebagai seorang pelajar. Setelah aku pergi membawa diri, kini aku kembali dengan semangat yang baru. Kerana 50 sen. Apakah yang ada pada sekeping syiling 50 sen? Banyak manfaatnya. Ikuti kisah di bawah:-
Kisah 1
Hari ini aku ke pasar dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Usai sahaja kelas pada petang ini berakhir, kelas di mana presentation berjaya dijalankan dengan jayanya. Malahan mendapat pujian dari lecturer ' Your group have done a good job'. Owh! It was awesome and i like. Eheh!
Kembali ke cerita asal. Bas yang dinanti akhirnya kunjung tiba. Sempat berbual dengan teman sekelasku tentang isu pemandu berhemah. [Kisah ini aku bawakan entry yang khusus.] Apa lagi, terjah la bas itu. Ramai juga penumpang di dalamnya. Masing-masing ingin menuju ke destinasi yang sama sepertiku agaknya.
Habis ku jalan sampai ke hujung pasar, aku berpatah balik. Lalu singgah di gerai yang menjual Roti John. I like Roti John! Owh. RM 2 je. Okaylah ni. Biasa harga yang Roti John yang pendek RM2.50. Usai kuhulurkan not RM1 sebanyak dua keping, aku ingin berlalu pergi. Tapi, muka si penjual seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Aku bertanya kenapa? Yang pendek ni RM2.50 dik. Aku membuat muka terkejut. Mana taknya, kat iklan tulis RM2. Malas berbicara aku hulurkan sahaja syiling 50 sen padanya.
Dalam hati ' Tau RM2.50 tadi, baik aku tak beli'. Tak tahu sedap ke tidak sebab aku tak makan lagi. Tapi, roomate aku kata sedap. Takpe, balik kelas nanti aku makan.
Kisah 2
Mataku menghantar bas yang terakhir pergi. Hatiku kuat mengatakan itu bas yang terakhir. Waa! Pak cik, tunggu saya. Sob. Sob. Lalu aku menapak ke hentian bas berhampiran. Menanti bas yang aku yakin tak akan kunjung tiba. Kerana itu yang terakhir.
Aku nekad. Tak kisahlah bas apa yang lalu nanti, Rapid KL atau Metro Bus, aku akan naik. RM1 kena bayar pun tak apalah. Janji sampai bilik. Nak menapak aku tak mampu lagi. Kerana kempunankan nasi kerabu, aku gagahkan juga untuk ke pasar. Walaupun jadualku sangat padat pada hari ini. Bas yang dinanti, kunjung juga akhirnya. Metro Bus! Beberapa sister (panggilan di tempatku untuk seorang pelajar perempuan) turut menuruti langkahku. Aku terdengar mereka bertanya pak cik bas itu 'Nak pergi depan sikit je berapa tambangnya pak cik?' ' 50 Sen dik'. Dalam hati aku berkira-kira, jimat 50 sen. Budget asal RM1.
Hah! Begitulah kisahnya 50 Sen hari ini. Teringat aku akan satu cerita tentang 50 Sen.
Yang mana lagunya:
50 Sen...50 Sen...50 Sen...
Tu je yang aku mampu aku coretkan. Sekarang mahu bersiap ke kelas. Sehingga ketemu lagi ya kawan-kawan.
Nur: Hari ini kau datang riang..Membuat diriku tersenyum kembali..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment