Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Sejak dua menjak ini, aku merasakan akan 'sesuatu'. Rasa yang sukar untuk aku luahkan dan jua sukar untuk aku pendamkan. Saban hari, perkara yang menggugat ketenangan aku adalah 'sesuatu' yang sama. Perlukah aku huraikan dan cerakinkan satu demi satu rasa itu supaya mudah untuk temui jawapannya?
Enggan aku berbicara lagi tentang 'sesuatu' itu. Aku menyedari akan kekurangan diri. Aku bukanlah sempurna. Sehabis mungkin aku usahakan bagi memenuhi agar menjadi sempurna. Entah kenapa, terkadang hati ini bagai ditusuk sembilu. Sakitnya sukar diungkapkan dengan kata. Sakit yang teamat sangat.
Kata temanku, usah kau bazirkan airmata itu hanya kerana perkara kecil. Adakah perkara yang menyebabkan airmata aku ini tumpah adalah kecil? Yang melibatkan harga diri aku dan penilaian tentang diri aku itu satu pembaziran. Benar, bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Terkadang, kita mengabaikan hati kita sendiri.
Nur: Hati berbisik: 'Ya Allah, Kau menguji tanda Kau sayangkan hambaMu ini..' Pasrah segalanya..
No comments:
Post a Comment