Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Entry gloomy lagi. Kali ini aku ingin membawa rajukku ini, biarlah rajuk yang panjang. Aku bukanlah mereka. Aku bukanlah seorang yang hebat seperti mereka. Aku insan biasa. Aku hamba yang lemah. Aku tak malu mengaku yang aku pernah jatuh berkali-kali. Aku tak silu untuk mengatakan perjalanan kejayaanku begitu berliku. Aku tak sehebat mereka. Aku tak se'gah' mereka. Dan yang pasti aku bukan MEREKA!
Sukarkah kau mengerti aku tak suka dibanding. Aku tak suka bertanding untuk siapa lebih hebat. Tapi aku tak kata aku akan mengalah. Kerana kalah itu tak ada dalam kamus hidup aku. Definisi aku kalah itu adalah menang yang belum kunjung tiba. Sukarkah kau mengerti aku bukan dia? Aku tak sehebat dia. Aku bukanlah dia. Aku adalah aku. Terima aku seadanya. Bantulah aku dalam menjadikan diri ini insan yang lebih baik. Aku terima kelemahan aku. Aku atasi dengan kekuatan aku.
Tapi aku dah muak dengan segala macam perbandingan yang kau lakukan. Aku dah penat menerima umpatan dan cacian dari mulut orang lain yang mengatakan semuanya dari kau. Kau tak pernah faham atau kau tak mahu faham?! Usahlah berdalih lagi. Jika kau malu mengaku aku adalah temanmu, nyah kau dari sisiku! Aku tak perlukan teman yang berdolak-dalih.
Kau hanya bersama aku bila kau perlu. Kau buang aku bila kau ada yang menemani di sisi. Kau pergunakan aku untuk kepentinganmu. Untuk menutup segala perbuatan kejimu. Ah! Cukup! Aku tak mampu lagi berdepan dengan manusia bertopengkan kepura-puraan. Aku tak pernah impikan ini akhirnya. Kau tak pernah rasa sakitnya bila khabar buruk tentang diriku tersebar luas. Kau pernah merasa berada di tempatku ini? Tidak bukan?
Sudah! Hentikan lakonan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Aku sangat PENAT. Aku sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan semua ini. Adakah kau pernah sesaat bertindak menyelami hati aku? Tidak bukan! Jadi, usah kau kembali lagi pada diri ini. NOKTAH BUAT SEGALANYA!!!
Nur: Ya Allah, ampunkan hambaMu ini..T_T

2 comments:
ala yang..it's okay..jgn majuk2 lg k..kan kite ade blog yg kite ley jdikan teman rapat yg sudi mnjadi pngr kite..ngadu je kt die xpe..heee
nope..huhu..^_^
Post a Comment