13 February 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Begitu berat untuk mengungkapkan kata. 
Begitu sukar untuk menuturkan bicara.

Itulah rasa yang aku alami sejak dua menjak ini. Sukar ditelan, sukar jua diluah. Hanya padaNya sahaja yang mampu kuluahkan segalanya. Aku bukanlah sempurna. Tapi aku sentiasa impikan untuk menjadi seorang yang sempurna dengan sentiasa memperbaiki diri ini. Aku tak mampu penuhi semua kehendak 'mereka' kerana aku bertanggungjawab atas semua perkara yang aku hadapi. Terkadang sukar untuk aku mengatakan tidak, tapi aku jua manusia, yang punya hati dan perasaan. Bukanlah kayu atau dinding yang sentiasa kaku dan pegun tanpa reaksi.

Aku ingin sekali meluahkan segala rasa yang aku tanggung ini, tanpa pedulikan tentang orang lain. Namun, kerana aku jua manusia, yang cuba mengerti akan rasa manusia itu sendiri, aku pendamkan. Aku tak dapat menafikan adakalanya aku terlepas luah akan lafaz yang sepatutnya aku elak dari katakan. 

Rentak tari bicaraku sukar difahami. Hatta aku sendiripun sukar mengertinya. Biarkan lafaz ini tersimpan hingga satu masa yang pasti. Ingin sekali aku luahkan agar difahami oleh 'mereka'. Tapi biarkanlah. 


Nur: Benar, hati ini amat merindui 'dia'. Ya Allah, jauhkan aku dari fitnah dunia.

No comments: