29 December 2008

~Entry di Hujung Tahun (Part 2 End)~

Tahun hijriah telah berganti angka ke 1430H. Semuanya berlalu dengan begitu pantas. Masa yang telah berlalu takkan sesekali kembali pada kita. Walaupun kita mengejarnya sepantas yang boleh takkan sekali ia kembali menemui kita semula.

Renungkanlah wahai teman-teman sekalian apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1429H. Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu? Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan hanya membuang masa? Jika dibandingkan antara keduanya pasti masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah menjuarai carta masa kita.

Justeru, ayuh teman-teman sekalian kita tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk sama-sama berubah. Sama-sama berhijrah ke arah kebaikan. Ayuh kita dalami lagi ilmu-ilmu yang tidak dapat kita perolehi dengan menghadiri kuliah harian kita.

Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

28 December 2008

~Entry di Hujung Tahun(Part 1)~

Begitu cepat sekali masa berlalu meninggalkan kita semua.Tanpa kita sedari tahun 2008 semakin menghampiri ke penghujungnya.Begitu juga dengan tahun Hijriah yang akan bertukar ke angka 1430H.Sepanjang tahun 2008 ini,apakah agaknya yang telah kita lakukan?Muhasabah dan renungkanlah balik apa yang telah berlaku,yang telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak.Mampukah kita menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh Allah s.w.t nanti?Dari Januari hingga Disember 2008 apakah yang telah kita lakukan dalam membentuk sahsiah diri kita sendiri?

Pelbagai peristiwa yang telah kutempuhi sepanjang tahun ini.Tahun ini juga merupakan tahun aku meninggalkan alam remajaku dan melangkah ke alam dewas.Pelbagai peristiwa dan saat-saat yang berlaku adakalanya membuat diriku tertawa dan adakalanya membuat diriku menangis.Tapi jika dibandingkan antara keduanya pasti tawaku lebih banyak daripada senduku.Jika direnungkan dan diimbas kembali mampukah diriku ini berhadapan dengan cabaran yang mendatang?Setelah pelbagai onak duri yang kutempuhi,mampukah diri ini menjadi lebih kuat dan tidak gentar dalam menghadapi segala macam perkara yang akan berlaku di luar daripada jangkauan mindaku?

Jika kuimbas kembali,adakalanya dugaan itu mampu aku hadapi dengan tabah.Tapi semuanya aku tidak mampu lakukan sendirian.Aku masih perlukan sokongan dan dorongan dari insan yang menyayangi diriku sebagaimana diriku menyayangi mereka.Kadang-kadang aku bertanya pada teman di sekelilingku.Mampukah kita hidup sendirian di muka bumi ini?Jawab mereka,tidak.Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.Dalam apa jua situasi kita masih perlukan pertolongan.Kerana kita memang dijadikan untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain.'Serulah pada kebaikan dan cegahlah kemungkaran'.

To be continued...


23 December 2008

~jUsT bE uRseLF~


Just Be Yourself

To be who you are is to be enough..
To share who you are is to share enough..
To do what you love is to do enough..

There is no race to win and nothing to be proven,
only dreams to be nurtured,
a self to be expressed,
and love to be shared..

Never doubt your worth,
and always know,
without any doubt,
that you are truly valued..

09 December 2008

KISAH DINDA

Buat kengkawan yang setia menanti terutamanya Ada..terimalah..haha..nie je yg sempat wat..nanti akn merajinkan diri nie ntuk teruskan menulis..sebarang komen dont hesitate nk publish ye..enjoy ur reading..


Part 3

“Baiklah.Terima kasih adik Qina.Jawapan yang begitu meyakinkan kami.Jika ada sebarang makluman tentang adik terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Steadfast kami akan hubungi adik.Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa adik untuk menhadiri temuduga ini,”kata abang Yasin.

“Sama-sama.Assalamualaikum,” kataku lantas melangkah keluar dari bilik tersebut.Kakiku begitu pantas sekali melangkah menuju ke Mahallah Nusaibah.Begitu berat mata ni rasanya.

‘Macam mana agaknya kuiz ACC 1001 esok’ getus hatiku.

Jika sebelum ini di Pusat Asasi Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagai MCIIUM aku menjadi penghuni Mahallah Khadijah. Pelbagai cerita yang aku dengar tentang Mahallah tersebut yang kononnya merupakan bekas tinggalan Hospital Assunta,Petaling Jaya.Tambah menyeramkan lagi kononnya level 9 dan 10 merupakan bilik mayat. Aku pun kadang-kadang pelik dengan ragam manusia yang mengada-adakan cerita. Entah apa tujuan mereka pun aku tidak tahu. Apapun aku percaya bahawa benda itu wujud.Asalkan kita tidak mengganggu ketenteraman mereka pastinya mereka pun tak akan mengganggu kita.



~sAlaM aIdilAdha~


Assalamualaikum sume..setelah sekian lama blog nie dibiarkan tanpa penghuni..kini diriku kembali lagi..Salam Aidiladha 1429H buat kengkawan sume..special thanks to Maya coz tak jemu2 memberi semangat n support dlm pe jua situasi yg dihadapi oleh insan yg lemah nie..huhu..isk3..to Diyana n Ada pengunjung setia blog nie..thanks coz alwiz support me..really appreciate n bersyukur coz dapat kawan cam korang..Love u guys..(.^_^.)

Sem baru dah nak bukak xberapa hari je lagi..rezat pun dah kuar..Alhamdulillah sumenye bek2 aje..really hope dat u guys pun bek2 aje rezatnye..pepun next sem..usual words dat i use..

'Let's us strive 4 da mission!!!'

Sama2 kite capai n sempurnakan impian kite sume untuk menerima segulung ijazah..n bergelar graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yg tercinta..insyaAllah..eceh..semangat patriotik plak die nie..chaiyok2!!aja-aja fighting!!=)