24 August 2009

Sejarah N Memory

‘Apa nak buat malam ni,’ kata hatiku. Macam-macam plan yang bermain di fikiranku. Sedang aku menyusun kembali buku teks Financial Accounting Fundamentals, satu kertas jatuh ke lantai.

‘Eh! Surat interview. Malam ni? Macam mana aku boleh lupa ni,’ soalku pada diri sendiri.

Aku melirikkan mata ke jam tanganku. Jarum jam menunjukkan 10.00 malam. Hatiku berbelah bahagi sama ada ingin pergi atau tidak.

-Salam,sis boleh gie interview lagi ke sekarang?-ain shauqina

-Boleh. Datangla ye dik.-kak farahin

Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi. Aku berpegang pada kata-kata ‘Better late than never’.

“Assalamu’alaikum.Boleh saya masuk?” soalku sebelum melangkah masuk ke bilik 4 bagi sesi temuduga pengambilan ahli baru Student Team Facilitator atau lebih dikenali sebagai Steadfast. Steadfast merupakan sebuah persatuan yang berada di bawah satu unit kokurikulum yang melahirkan mahasiwsa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

“Wa’alaikumussalam,sila masuk dan duduk di kerusi depan kami,” seorang perempuan memberi arahan padaku.

“Terima kasih,” ucapku sambil menghadiahkan sebuah senyuman padanya. Mungkin sister ni salah seorang dari ahli persatuan ni. Sister merupakan panggilan yang digunakan oleh mahasiswa-mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi mahasiswi, manakala bagi mahasiswa panggilan yang digunakan ialah brother.

Ketika itu jantungku berdegup kencang. Mungkin kerana berdebar menanti soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Tambahan pula, saat itu merupakan kali pertama aku menghadiri sesi temuduga. Terbayang di layar fikiranku suasana temuduga yang digambarkan salah seorang rakanku yang pernah menghadapinya. Walaupun temuduga ini hanyalah untuk mengambil ahli baru bagi persatuan ini, tapi ianya tetap dinamakan temuduga. Aku menarik nafas panjang bagi menenangkan hatiku.

“Selamat datang ke sesi temuduga pengambilan ahli baru Steadfast,” seorang ahli panel yang berada setentang denganku bersuara memecah kesepian.

“Sebelum kita mulakan sesi temuduga biar abang perkenalkan barisan penemuduga di hadapan adik ni,”sambungnya lagi.

“Baiklah. Nama abang sendiri Abang Yasin. Sebelah kanan ni Kak Maria manakala sebelah kiri pula Kak Syifa’. Sekarang perkenalkan diri adik pada kami bertiga.”

Dengan lafaz Bismillah aku memberikan jawapan yang diajukan padaku.

“Assalamu’alaikum buat Abang Yasin, Kak Maria, dan Kak Syifa’. Firstly saya nak minta maaf atas kelewatan ke sesi interview ni. Nama saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim atau lebih dikenali dengan Qina di kalangan kawan-kawan. I’m first year student from Kuliyyah Economics and Management Sciences.Saya berasal dari Subang Jaya, Selangor. Saya menamatkan sekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS, USJ 5, Subang Jaya, Selangor” jawabku dengan gementar.

It’s ok Qina, don’t be nervous. This is not a formal interview. So, we just make it cool and steady,” kata Abang Yasin menenangkan aku yang kelihatan gemuruh sekali.

Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman pada ahli panel di hadapanku itu.

Sesi temuduga berjalan dengan begitu lancar sekali. Soalan demi soalan yang diajukan aku jawab dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Pelbagai isu yang disoal termasuklah isu yang hangat ketika itu tentang perlantikan Dato’ Seri Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu isu hangat yang dimuatkan dalam media massa mengenai perkahwinan penyanyi popular tanahair Siti Nurhaliza dengan Datuk K.

‘Kenapalah isu ni yang diorang tanya. Cubalah tanya isu yang menarik dan mampu buka minda sikit,’ getus hatiku.

‘ Qina, kenanya Kak Syifa’ tanya tentang isu-isu global sekarang ni, pasti ko tak boleh jawab. Bersyukurlah sikit dengan soalan yang mudah tu,’ hatiku dan mindaku saling bertingkah ingin menegakkan pendapat masing-masing.

“Okay, adik Ain Syauqina binti Ahmad Syamim, cantik nama ni. Akak rasa cukup sampai sini sesi temuduga kita. Soalan yang terakhir, Qina yakinkan kenapa kami harus memilih Qina sebagai ahli baru Steadfast dengan kata lain menjadikan Qina sebahagian daripada family ni,” Kak Syifa’ bersuara sambil melirikkan matanya ke Abang Yasin.

‘Macam ada pape je akak ngan abang dua orang ni,’ aku membuat andaian sendiri.

“Qina..Qina..Ain Syauqina binti Ahmad Syamim?” Kak Maria memanggilku. Aku tersentak mendengar namaku disebut. Aku cepat-cepat mematikan andaian yang bermain di fikiranku.

‘Penuh tu panggil nama aku. Senang kot nak sebut.’

Dengan lagak salah seorang peserta The Apprentice aku meyakinkan ketiga-tiga ahli panel di hadapanku dengan menyatakan sebab mengapa mereka harus menjadikan aku sebagai ahli Steadfast.

“Saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim ingin menyatakan dua sebab kenapa saya harus dipilih. Pertama kerana minat saya datang ke sesi temuduga ini walaupun tanpa ditemani kawan-kawan kerana di sini saya percaya kebanyakan mereka yang hadir adalah kerana adanya kawan. Tapi saya bukanlah mereka, saya hadir atas pilihan sendiri, atas kemahuan sendiri berbekalkan keyakinan bahawa saya akan dipilih. Kedua kerana saya yakin saya mampu menjadi seorang ahli yang baik dan mampu memberi sumbangan dari segi masa dan tenaga bagi memastikan motto Steadfast dicapai “Aslih Nafsak Wad’u Ghairak” yang bermaksud “Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain”. Akhir kata ingin saya tegaskan sekali lagi, pilihlah saya sebagai salah seorang ahli Steadfast.”

“Baiklah.Terima kasih adik Qina.Jawapan yang begitu meyakinkan kami.Jika ada sebarang makluman tentang adik terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Steadfast kami akan hubungi adik.Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa adik untuk menhadiri temuduga ini,”kata abang Yasin.

“Sama-sama.Assalamualaikum,” kataku lantas melangkah keluar dari bilik tersebut.Kakiku begitu pantas sekali melangkah menuju ke Mahallah Nusaibah.Begitu berat mata ni rasanya.

‘Macam mana agaknya kuiz ACC 1001 esok’ getus hatiku.

23 August 2009

Weekend Stories


Bismillahirrahmanirrahim...

Today is 23 August 2009. Today is Pak Lang birthday and Kak Awin ( future sis-in-law) birthday. They shared the same date. To both of Pak Lang and Kak Awin, happy birthday!! May Allah bless both of you. Wishing both of you happily ever after. To my big bro, take care of our (siblings) future -sis-in law. And always remember your responsibility as a son too.

Penat pulak ber'skiping' ni. Jom alih bahasa. Hari Jumaat (21 Ogos 2009), pulang ke rumahku yang tentunya terletak di Shah Alam bandar anggerik yang tercinta itu bersama Sakeenz. Trimas Sakeenz. Nanti kita balik sama-sama lagi tau!=) Syok, dapat kawan ngan you. Gaduh-gaduh sayang tu biasala. Nama pun kawan. Hik2.

Since sampai rumah hari Jumaat, and dah malam pun, lantas terus aku melepak-lepak di rumah. Penat. Huhu. Lapar coz xdinner lagi. Apa lagi, terus dapur dituju. Xmenyempat. Tengok-tengok apa yang ada. Mama masak kari ikan merah. Tapi xterasa nak makan kari tu lagi. Simpan untuk sahur dulu. Pum pam pum pam, terhidanglah nasi goreng cincai kiranya. Layan~ Alhamdulillah.

Selesai mengemas segala perkakas yang digunakan, mataku makin memberat. Hah! Tak solat Isya' lagi ni. Ini serius! Lantas wudu' diambil lalu ditunaikan kewajipan seorang hamba. Di sambung dengan terawih sendiri. Manakan tidak, sampai di rumah hampir jam 10.00 malam. (Ish3 pe balik tengah-tengah malam ni..hehe..Xmenyabor sangat. Layan~) Tak sempat untuk ke surau berdekatan. Xpe2, nanti balik UIA jemaah kat MPH tercinta dengan penghuni rumah agam nun tinggi di atas bukit.


1 missed call: Abah. Oh NO!

Waktu tertera: 05:40 ( cepat berapa minit pun xtau)

Cepat-cepat basuh muka, gosok gigi and apa lagi, pecut.

"Tak sedar la abah. Penat sangat kot. Huhu."

"Dah, pie sahur cepat. Dah nak masuk waktu ni."

Baik bos! Hehe. Adik-adikku yang lain, kuperhatikan raut wajah mereka. Menyuap makanan seolah-olah masih berada di alam mimpi. Hik2. Apa la adik-adikku ini. Cepat-cepat, waktu nak abes dah ni. Ish3. (Sebuk je kakak aku ni kata mereka dalam hati). Okies, alhamdulillah. Selesai bersahur. Time ni lagi best. Masing-masing beratur tunggu turn nak basuh pinggan. Teringat time berbuka semalam.

Syamim: "Aik?Nak basuh pinggan pun kena beratur. Bagus2."

Hah! Lama xkisah kan tentang adik bongsuku ni.

Waktu malam, selesai berterawih, adikku (Amim) teruja melihat abangku yang sulung main game Farmville. Hahaha. Kelakar betul.

"Abang, Amim nak main."

"Tak boleh dah rosak dah ni. Stuck. Kena tunggu 15 minit lagi."

"Xpe, Amim tunggu."

"Amim, pie tido. Che' kata nak puasa esok. Nak bangun sahur."

Nak tido pulak ada je karenahnya.

"Nak tido bilik Najat la."

"Mana boleh. Orang laki-laki, kena tido bilik laki-laki. Malulah tido bilik orang pompuan. Cepat, akak teman. Pie masuk bilik Abang Syakir. Tido ngan dia."

Kataku dituruti. Alhamdulillah. Uish. Detailsnya weekend stories kali ni. Banyak lagi. Tapi 'rajin' dah sifar. Tidur and charging for tomorrow class. 2.00PM. (Bestnyer. Asyik3. Ups. Jangan jeles ya)

Lupa pulak. Salam Ramadhan buat semua. Rebutlah peluang Ramadhan kali ni, kerana kita tidak tahu,masih punyai umurkah kita untuk Ramadhan yang akan datang.

Nur: Alhamdulillah, keranaMu ya Allah, segala urusanku dipermudahkan.

17 August 2009

~Sanah Helwah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan abang,
Allah selamatkan kamu.

Selamat ulangtahun kelahiran buat the only big brother, Muhammad Najibulmuti'e bin Hamdan. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan bahagia selalu. Semoga di bawah rahmat Illahi sentiasa.


~Lots of Love~
Your sister

06 August 2009

Namun Ku Punya Hati


Bismillahirrahmanirrahim...

Kala jari-jemari menaip patah demi patah bait-bait perkataan, alunan bacaan Surah Al-Anbiya' menemani dirinya. Tika dirinya ditinggalkan sendirian di kamar tempat berteduh saat menempuh hidup sebagai seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi, dirinya terus melayani kesedihan yang mencengkam hatinya. Alunan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Sa'id Al-Ghamidi bagaikan memujuk hatinya. Hindarilah kesedihan itu wahai hati yang sentiasa tabah.

Aku tahu, aku tidak layak untuk bersama dengan mereka. Tapi salahkah jika aku jua turut ingin merasai kemanisan sebuah persahabatan yang mereka kongsikan itu. Sukarkah untuk membenarkan diri ini menyertai kegembiraan yang mereka kecapi itu? Tamakkah diri ini? Hingga ke saat ini, aku tidak tahu di manakah letaknya diri ini pada pandangan mereka.

Kerap kali aku berjanji untuk tidak menangis kerana mereka. Namun, aku tewas dengan air mata yang keluar mencurah-curah ibarat empangan yang pecah. Biarkan bahasa yang ku gunakan tidak difahami. Biarkan iramanya sumbang. Biarkan rentaknya pincang. Aku kecewa. Aku terluka. Aku...aku..aku...

Sukarkah untuk mereka turut mengajak aku menyertai mereka? Beratkah mulut itu untuk mengajak? Hati, sabarlah engkau. Hati, tabahlah engkau. Hati, kuatlah engkau.

Nur: Ke sekian kalinya..kerana mereka, airmata ini mengalir lagi..

Hari Lahir


Bismillahirrahmanirrahim...

Genap 3 hari ulangtahun kelahiranku yang ke-21 berlalu. Terima kasih buat teman-temanku atas ingatan kalian. Moga hidup kalian sentiasa di bawah lindungan rahmat Illahi. Akanku abadikan kenangan indah yang kita kongsi bersama kejap dalam ingatan sanubariku. Seawal jam 11.45 malam (2 Ogos 2009) seorang demi seorang memberikan ucapan hari lahir.

Jam 4.30 keesokan harinya, usai kelas Malaysian Business Law, abah menelefonku.

"Assalamualaikum," abah memberi salam.

"Wa'alaikumussalam. Najat dalam kelas tadi abah. Tak boleh nak jawab phone."

"Ok. Selamat hari tua. Dah tua dah. And dah boleh ****** .."Usik abah padaku.

"Abah ni. Najat muda lagi la." Cepat-cepat aku memotong kata abahku.

"Ni mama nak cakap."

"Assalamualaikum. Apa khabar mama?"

"Wa'alaikumussalam. Sihat, Alhamdulillah. Selamat hari lahir."

"Terima kasih mama."

Sememangnya aku menantikan panggilan abah dan mama.

Terima kasih mama kerana melahirkan diri ini.
Terima kasih abah kerana mendidik diri ini.

Nur: Umur makin bertambah.