11 April 2009

~kaWan,tEmaN dAn sAhAbaT~


Bismillahirrahmanirrahim...

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta ( 2X )

"Terima kasih buat semua insan yang pernah bergelar kawan, teman dan sahabat buat diri ini."

~aN aDviCE~


Bismillahirrahmanirrahim...

Di keseorangan berada di satu tempat, dua insan mengunjungiku. Seorang dari mereka berdua mengajak aku berbual. Pelbagai topik yang dibualkan. Memandangkan insan itu merupakan orang yang berpengalaman, banyak yang dikongsi bersamaku. Seronok mendengar kisah hidupnya dan pengetahuan yang diketahuinya diceritakan padaku buat pedoman hidup. Tentang apa ya yang kami bualkan? Tentang kesihatan dan khasiat sayuran tertentu. Terima kasih atas perkongsian yang menarik itu.=)

Di pengakhiran pertemuan dan kunjungan insan itu, 4 nasihat diberikan padaku. Katanya, sebagai seorang insan, 4 perkara yang perlu kita sentiasa perhatikan dan jaganya.

1. Hubungan dengan Allah
2. Muhasabah Diri
3. Menuntut Ilmu dan Mencari Rezeki
4. Da'wah

Nasihat ini amat berguna sementelah diri ini yang baru setapak demi setapak memulakan perjalanan hidup ini. Mencari erti hidup yang sebenarnya di dunia yang fana ini.

Langkah demi langkah telah kutempuhi
Ada kala ku jatuh dan tersasar dari langkahku itu
Segera ku bangkit sendiri tanpa kenal erti penat dan jemu
Kerana ku tahu jika bukan aku yang meneruskan langkah
Tiada yang dapat membantu walau segunung nasihat diberi

Ada kala tika jiwa gundah dan resah
Dorongan insan tersayang menguatkan diri ini
Memberi semangat untuk langkah diteruskan
Mencapai satu matlamat dan cita-cita
Sebagai seorang Khalifah di bumi ini

"Ya Allah, permudahkanlah urusan harianku.Amin.."

09 April 2009

~mIss mY hOme~


Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sangat tak balik rumah. Hampir sebulan rasanya. Atau mungkin lebih. Apa dah jadi agaknya kat rumah tercinta ku itu agaknya. Beberapa hari yang lepas, adikku yang ke-3 menghantar SMS padaku.

"Jumaat, Sabtu atau Ahad ni free tak?"

Apa kena pulak adikku ni. Aku terus menelefon rumah. Lalu aku bertanya padanya kenapa?

"Aku nak keluar jalan-jalan."
"Aku tak habis exam lagi la. Jaga la adik-adik kamu yang nakal tu elok-elok."

Rupa-rupanya tujuan dia adalah untuk meminta aku menjadi tukang jaga adik-adikku dan dia pergi berjalan-jalan. Banyak cantik! Haha..

Sori la adikku, kakakmu ini tak habis exam lagi. Dudukla kat rumah diam-diam ye. Layanlah adik-adikmu yang nakal itu.=)

~Miss my Home...T_T~

~sABar..~


Bismillahirrahmanirrahim...

Seorang dari temanku bertanya, adakah aku masih menerima mereka di sisiku? Ya! Aku masih menerima mereka di sisiku. Aku tahu, aku sedar, aku mengerti siapa diri ini pada mereka. Tapi, aku abaikan semuanya atas satu sebab. Kerana mereka temanku. Salahkah?

Makan hati dan perasaan? Berendam airmata kerana perlakuan mereka? Acapkali. Tapi, aku abaikan dan tidak ambil peduli semuanya atas satu sebab. Kerana mereka temanku. Ada yang bertanya padaku sampai bila aku akan biarkan keadaan begitu? Sampai...sampai...Entahla...aku tak punyai jawapannya.

Selagi hati masih mampu bersabar, bersabar dan terus bersabar. Aku akan terus berada di sisi mereka. Mujurlah sabar itu wujud di dunia ini. Jika tidak, aku tak tahu apa yang akan terjadi. Perang dunia ke-3 barangkali. Aku tak mahu memikirkan kemungkinan itu. Biarlah semuanya kekal begini. Kerana sampai ke saat ini, aku masih mampu bersabar.

~kENapa yA?~


Bismillahirrahmanirrahim...

Satu mesej diterima.

Peti mesej dibuka, dan mesej yang diterima terus ku baca.

"Ya Allah, jadikanlah sahabatku ini tidak hanya mulia di dunia, tetapi agung di Syurgamu. Jaga hatinya agar sentiasa mulia di hadapanMu. Jadikanlah doa ini sebagai hadiah buatnya.Amin.."

Terima kasih atas doa itu. Tapi kenapa selalu hantar mesej ye? Entahla.. Apapun terima kasih atas secebis ingatan buat diri ini.

Tak berapa lama selepas itu, satu lagi mesej diterima.

"All da best for final exam."

Terima kasih atas ucapan itu. Tapi kenapa tiba-tiba hantar mesej selepas lama tiada khabar ye? Entahla.. Apapun terima kasih kerana masih menganggap diri ini temanmu.