21 May 2012

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Bismillahirrahmanirrahim...

Yuhuu... Syoknya berhujung minggu di Jalan TAR. Aigoo. Pie shopping. Yay! Jalan-jalan cuci mata dan survey  barang-barang. Banyaknya barang nak kena survey ni. Tak lama dah ni. Ececeh! Gaya cam nak pie menikah je. Ngee~

Al-kisahnya, abes je pergi kenduri kawen anak kawan abah merangkap kawan mama juga merangkap Doktor gigi kami sekeluarga, abah terus memacu kenderaan empat roda menuju ke Kuala Lumpur.

"Abah, kenapa panggil Kuala Lumpur. Banyak sangat lumpur ke kat sana?" soal Syamim.

"Dinamakan Kuala Lumpur kerana berlakunya pertembungan antara dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang." 

Entah siapa bersuara secara tiba-tiba.

Oh. Iya ke. Aku baru tahu. Ahaks! Rasa-rasa zaman sekolah dulu ada cikgu aku dok cerita tapi aku tak amek kisah pun. Sekarang baru dok sibuk nak kisahkan. Ngee. Aiman kisah tau! ^^,

Sampai je Jalan TAR, mama terus pie kedai yang selalu amek tudung. Selesai urusan jual beli. Tengah dok lalu-lalu kawasan kedai kecil-kecil, tiba-tiba ada sepasang kain ela menarik perhatian aku. Oh no! How sweet the colour is. Aigoo.. Ni yang den terbuang sekejap azam konon takmo beli apa-apa tadi. Al-maklumlah dah hujung bulan.

Akak kedai tu gigih dok tunjuk kain tu. Siap offer harga menangis lagi. Menurutnya tak dapat harga macam tu. Aigoo. Akak, memang saya tengah menangis dalam hati pun pasai berkenan tapi tak dapat nak beli. Waaaa. Pasai dah hujung bulan. Sob. Sob. Sob.

Mama siap offer lagi suruh pakai duitnya dulu. Tapi aku menolak. Pasai aku tak suka nak berhutang-hutang ni. Err. Bukan la lama mana pun kan. Tak lama pastu aku withdraw la kejap duit. Selesai hutang tu bukan? Ngee. 

Aku terpaksa menolak tawaran harga menangis akak tu sambil menangis dalam hati. T__T

Lepas tu mama dok tanya nak pie mana pulak pasai dok awal lagi. Abah kata abes solat asar kat Masjid Negara abah pickup kitorang. Then, adik aku Syahmi dok ajak pie SOGO. Menapak la kami ke sana dalam gerimis petang. Sampai je. Whoaaa. Ramainya umat!

Jalan kejap. Pastu dah mula terasa tak tahuan. Sudahnya aku pie turun bawah sat pie beli air. Sempat aku arah adik aku, Najihah suruh pie bawak mama ke pintu keluar. Mama dah penat. Aigoo. Baru sat jalan dah penat mamanya. =p

Dah dok ada dalam SOGO aku pie withdraw sat duit kat ATM. Senang esok tinggal topup Touch N Go je. Usai beli air aku menyeberang jalan dan berpatah balik ke tempat abah turunkan kami tadi. 

'Awal lagi ni,' getus hatiku.

Tiba-tiba terasa nak meninjau kawasan sekitar. Jumpa kain pasang yang sama tapi harga yang berlainan. Memang betul harga menangis akak tu offer. Err... Entah macam mana aku ter'singgah' balik ke kedai akak tadi. Belek-belek sat. Tanya pasal kain pasang lain. Sudahnya, aku memutuskan untuk beli kain yang aku berkenan tu. 

Akhirnya, dengan harga menangis aku berjaya mendapatkannya. Terbanglah duit topup Touch N Go aku. Takpe-takpe nanti hari Selasa boleh topup coz my pay day is coming soooon. Yuhuu! Alhamdulillah. Hatiku kembali tersenyum girang dengan sepasang kain berharga menangis. Ececeh! 

Pastu aku kembali ke tempat mama menanti abah bersama-sama dengan adikku yang lain. Nampak je aku tersenyum-senyum mama terus tanya 'Beli jugak ke?' Aku mengangguk seraya menunjukkan kain pasang tersebut. 'Mama agak dah.' 

Weeehuu.... I'm happy. ^____^ *big grin*

Nur: Riang-ria hujung minggu. 

20 May 2012

Nothing But Something

Bismillahirrahmanirrahim...

Hujung minggu datang dan pergi. How do I wish weekend will be long. Seminggu lagi murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah bakal bercuti selama 2 minggu. Cemburunya aku. Cuti yang panjang merehatkan diri dari tuntutan kerja yang tidak pernah habis. Malahan makin hari makin bertambah.

Bukanlah aku mahu merungut jua mengeluh. Namun, aku jua manusia yang kadang tersungkur dan jatuh. Ya. Ayat-ayat-Mu itu mampu memujukku dan memberi satu suntikan kekuatan dan mengajarku agar terus bertabah dan yakin pada rahmat-Mu yang tidak bertepi itu.

"Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah kamu pula bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." [Al-Imran : 139]

How I wish becoming a school student again. Tanpa perlu memikirkan masalah yang 'berat' 'rumit' dan tidak dapat diselesaikan secara bersendirian. 

Betapa aku cemburu melihat bayi-bayi yang suci tanpa sebarang dosa. Menangisnya mereka tatkala lapar, takkala dahaga, tatkala perlukan perhatian. Apa mungkin aku menjadi bayi-bayi tersebut. Ya! Mungkin aku cuma mampu menangis bersendirian. Menangis dalam hati cuma.

Menangis menyesali akan dosa-dosa yang telah, sedang atau akan dilakukan dek kerana alpanya sikap manusia nan satu. Terleka dengan buaian nafsu semata. 

Kadangku leka
Kadangku alpa
Kadangku lalai
Kadangku sesal
Kadangku kesal

Nur: Ya Allah, peliharalah aku daripada kemurkaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada fitnah dunia yang tidak berkesudahan. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. 

14 May 2012

Tiada Satu Pun Milik Kita


Mana milik kita?
Tidak ada milik kita.
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakannya
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada.

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita.
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakannya
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong memiliki Allah punya?
Mengapa tidak malu kepada Allah yang empunya?
Patut bersyukur kepada Allah yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah kerna milik Ia punya.

Janganlah berbangga apa yang ada pada kita.
Kalau Allah tidak beri kita tidak punya apa-apa.
Janganlah mengungkit, mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya, yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur bukan berbangga,
bersyukur kepada Allah bukan mengungkit jasa,
Gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya.

Mana Milik Kita?
Tidak Ada Milik Kita.
Semua Yang Ada Allah Yang Punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakannya
Apa yang kita dapat
Allah Sudah Sediakannya

13 May 2012

Jodoh Yang Pasti

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah. Allah. Allah.

Jujurnya saya sangat perlukan sokongan tanpa henti dari teman-teman tersayang. Satu demi satu kejutan. Physically and mentally tired right now.

Ya Allah, jangan Kau pikulkan beban yang tidak mampu aku tanggung. Peliharalah imanku dan iman insan sekelilingku.

Really need rest. Loooong rest.

Mati tidak pernah menunggu kita walau sesaat. Allahuallah, Kau berikan aku kekuatan dan kesempatan menguruskan jenazah opah hingga ke saat disemadikan lalu ditalkinkan oleh tok. Moga Jannah tempat layaknya buat opah. Amin~

Mati itu untuk semua. Jodoh kita yang amat pasti.

Dear family and friends, zahirnya saya nampak kuat. Namun batinnya tidak seperti disangka. 




I'm reaaaallly tired and need enough rest.


Nur: Allah. Allah. Allah.

10 May 2012

Mari Berkemas!

Bismillahirrahmanirrahim...

Yuhuuuuu. Mari kita berkemas. Lipat baju masuk dalam back pack. Errr. Nak pie panjat gunung sat la. Tak pun daki bukit. Tak pun pie menyelam sat. Weeee~ Pie tengok laut yang indah. Ehem! Tengok sunsweeeet yang awesome. Subhanallah... Eh! Silap SUNSET la...=p

Tengok checklist cukup ke dak barang. Karang tinggal payah pulak. Terkapai-kapai cari ganti. Huwaaaa. Sok kena bangun sangat awal. 5.30 pagi nak kuar rumah dah pie tempat keghoje. Maknanya pukul berapa kena bangun tu eh? Aigoo. Praktis untuk bulan puasa la camni. Bangun pukul 5.00 pagi untuk sahur. 

Manakan tidak, pukul 7.00 pagi bas nak bergerak menuju ke destinasi dah. Yosh! Anda pasti boleh bersedia dengan awal. Positif. Positif. Positif. Ya! Saya positif boleh bersedia awal esok. Mari-mari kita pasang niat untuk bangun awal pagi esok. Bismillahirrahmanirrahim. Moga Allah kejutkan saya seawal 5.00 pagi esok. 

Err... gaya-gaya boleh pegang stereng ke pagi-pagi sebelum Subuh gitue drive pie tempat keghoje. Eh! Stereng kereta tu apa ya? Weee... Bukan saya tapi my beloved abah yang drove me there. Ngee. Aci la kan dah hebat pegang stereng gayanya. Siapa nak apply post jadi tukang pegang stereng untuk saya? Cepat! Tempat kosong lagi ni. Ngee~

Nota:  Berjaya pegang stereng dah sekarang ni... Alhamdulillah, saya punya peluang itu. 

Sok, jom Subuh di Masjid Wilayah yok! 

Ahha! Pie mana eh? Nanti cheq habaq na. Nak pie kemas baju masuk dalam beg sat. Iron tudung sama. Aigoo. Bestnya kalau ada insan yang sudi temankan saya sambil berkemas ni. Ehem! Siapakah? ^^, 

Nur: Dalam terpaksa akhirnya aku merelakan...