Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Today and yesterday and yesterday and tomorrow and tomorrow was very hectic day to me. This is because i'm keep on going up and downstairs from this Beautiful Castle at hill of Garden Knowledge and Virtue. Adeh! Penatla cakap omputih nie. Belit-belit lidah ni dibuatnya. Okay then, bahasa jiwa bangsa. Cewah! Patriotisme pulak dia ni. Eheh!
Kembali ke cerita asal. Tarikh 5 November, usai menunaikan solat Zuhur, aku bergegas turun ke shenter (just for cik Humairah) untuk menyelesaikan beberapa urusan. Motif utama, adalah untuk menyimpan duit a.k.a menabung demi masa depan. Ewah! Jika duit banyak di tangan, macam-macam benda 'lagha' yang dibelinya. Jika tak, kena la berjimat-cermat dan berhemah berbelanja. Betul tak? Sape setuju sila angkat tangan. Apa daa, macam la aku nampak korang angkat tangan ke tak kan? Yes! 3-0. Ahaha.
Aku ni bukanlah jenis yang selalu masuk bank melainkan berada di depan mesin besi sambil menekan-nekan butang nombor berapa yang aku suka. Lepas tu, ajaibnya mesin ni, dia keluarkan kertas dari mulut besi yang suka hati dia nak bukak and katup bila. Okay, mengarut lagi. Then aku pun menapak (bersyukur atas kurniaan Allah atas kaki yang ibarat angin tropicana-sila abaikan ke'mengarutan'ku ini), menuju ke Bank yang cukup femes di sini, iaitu Islam dan Muamalat. Nak cerita best ni! Kalau tak best pun, aku punya suka la nak kata best pun. Haha.
Haha. Time kat bank Muamalat, aku yang muka macam orang lagak berani beraksi payung terjun dari bangunan setinggi 40 tingkat (pembetulan 4 tingkat anak tangga) ni, terus mengambil dan mengisi borang Cash Deposit. Berpuluh-puluh kali aku tengok kalau-kalau aku salah isi. Ya la, aku kan 'pro' dalam bab-bab ni.
Time aku serahkan buku akaun kat kakak di kaunter tu, sudah je dia dok cop sana cop sini, ala-ala menurunkan cap mohor Sultan lagaknya, aku memandang pelik. Dia terus menyerahkan kembali buku akaunku. Di tanganku masih ada not hijau yang belum kuserahkan padanya. Tapi, tak ada pulak dia mintak daripada aku not tersebut. aku tercengang. Tak nak ke duit ni? Ehm! Berlagak sopan yang penuh santun aku berkata 'Kak, ni duitnya.' Akak tu terkejut. 'Tak ambil lagi ya duitnya?' Aik? Aku yang kena soal pulak. Ehehe, aku pun dengan senyuman membalas 'Tak lagi akak, saya ingat akak tak nak tadi.' Akak tu terus mengambil not tersebut dan tersenyum.
Itu cerita untuk hari itu. Dan untuk hari ini 6 November aku menuju ke Pejabat Pos Malaysia Berhad dengan tujuan membuat kiriman wang pos. Baik kan aku nak pos duit? Takla, yang sebenarnya ada urusan negara yang penting melibatkan wang pos ni. Apakah agaknya? Mana boleh gitau dah kata urusan negara. Ish2. Tak faham-faham ni. Seperti biasa, aku yang 'pro' ini bertanya, 'Kak, nak buat kiriman ni macam mana ya?Ni first time saya datang ke pejabat pos.'
Dialog yang ke-2 bukan begitu bunyinya tapi begini, ' Ni first time saya pakai money order.' Jujur dan berani kan aku bertanya? Ya! Mesti berani. Malu bertanya sesat jalan. Terima kasih akak, atas penerangan yang details tu. Rata-rata urusan aku dengan mereka berjalan dengan lancar. Mereka berbudi bahasa. I like it! Time aku beratur tunggu turn kat pejabat pos tu, sempat mata aku melilau melihat sekeliling pejabat pos itu, aku terpandang 5 'S' yang diamalkan mereka. Apa ya? Aku tak ingat la. Nanti, aku salin and gitau kawan-kawan ya.
Sebut tentang pejabat pos ni, tiba-tiba buat aku rasa nak pos surat kat mereka-mereka dulu yang suka berutus surat chenta ngan aku. Ops! Bukan surat chenta ala-ala Romeo & Juliet tu,
Oh kanda, dinda amat merindui kanda tika ini..
Rembulan seolah-olah memahami dinda..
Cahayanya yang samar-samar itu bagaikan
memprotes akan perlakuan kanda yang
tidak berutus khabar dengan dinda..
Tapi isinya begini,
Ke hadapan sahabatku yang ku sayangi,
Sudah lama kita tidak berutus khabar bukan?
Jika dulu, tika tibanya hari lebaran,
Masing-masing berlumba mengumpul kad raya
siapakah yang paling banyak..
Ketupat lontong hidangan raya,
Jemputlah datang ke rumah saya.
Begitulah ceritera penglipur lara buat pengunjung hari-hari ku ini. Cerita yang hanyalah suam-suam kuku, dan tak menarik pun untuk diikuti. Tapi, inilah aku yang kalian kenal. Berbudi dan berbahasa amalan kita.
Andai ada jarum yang patah.
Jangan disimpan di dalam peti,
Andai ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Done,
Nur Qistina
6 November 2009
5.42 PM
Nur: Rindu akan mereka! ^_^