05 February 2010

I love My Day

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..



Alhamduillah, hari ini 4 Februari 2010 telah berlalu pergi. Genap 4 hari Februari menemani kita. Dan esok, hari yang ke 5 bakal menjelma. Indah sekali percaturan hidup ini. Kadang-kadang Allah biarkan matahari memancar terik. Tanpa amaran, hujan pun turun di tengah-tengah teriknya matahari. Perancangan yang dibuat, terganggu dek turunnya hujan. Apabila hujan berlalu pergi, pelangi menemani dan menghiasi indah langit yang kembali cerah. 

Begitulah diibaratkan hidup kita ini. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka. Adakala gembira, adakala bersedih. Apapun, hadapilah semuanya dengan hati yang terbuka. Hidupku hari ini dimulakan dengan menghadiri seminar tentang perniagaan francais. Berakhirnya seminar tersebut, tertanamlah satu semangat bahawa, jika mereka boleh berjaya, mengapa tidak kita. Ayuh! Semangat.


Usai seminar, aku ditemani Fida menuju ke tempat pertemuan rasmi kami, lalu bersiar-siar menghirup udara yang segar. Makan di sana, solat di sana. Tatkala membeli tiket LRT...

Aku: Akak, JJ dua.

Fida: Wangsa Maju la.

Akak LRT: (Tersenyum lalu memberikan tiket)

Malunya saat itu tak terkata. Apalah yang bermain di minda menyebabkan aku dengan yakinnya menyebut destinasi yang dituju adalah JJ. 

Petang harinya menghadiri tutorial Multimedia Technology. Belajar tentang meng'edit' sistem bunyi menggunakan software Audacity. I like this technology things. Will explore all of it. 

Life is very busy. Life is very meaningful. Life is very beautiful.
Only if we know how to appreciate it. Plan well to success. 
Don't fail to plan your life.
Life, is all about happiness, love, caring and others. 
What a beautiful life i have.
Praise to Allah.
Alhamdulillah.

Nur: Hidup itu indah apabila disulami dengan keceriaan. ^_^

04 February 2010

Aku Harus Kuat!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Malam ni mood tak berapa nak okay. Jadi abaikan kata-kata yang mungkin sukar untuk difahami. Mungkin bahasa yang kugunakan ini, hanya 'mereka' yang mengerti sahaja akan faham maksudnya. Izinkan aku berbicara dengan kata hatiku.

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba malam ni rasa tak menentu itu datang. Rasa hati yang sakit itu datang. Rasa yang aku dah lama lupakan itu datang. Rasa yang aku cuba elakkan itu kembali hadir dalam diri ini. Aku penat berhadapan dengan 1001 rasa ini. Aku penat untuk berhadapan dengan 'mereka' kerana aku sangat penat dengan semuanya.

Sudah cukuplah luka yang pernah 'mereka' tinggalkan dulu, yang masih ada parutnya. Kekal. Tetap di situ. Torehan kembali pada tempat luka itu mampu membuatkan sakit yang amat dalam. Sukarkah 'mereka' fahami dengan perkataan tidak yang aku ungkapkan? Sukarkah 'mereka' mengerti bahawa aku sangat penat dengan semua ini. Tolong! Aku meminta pada 'mereka', hentikan lakonan palsu itu. Aku sudah muak dengan semuanya.


I am sick, I am hurt, I am in pain, my heart hurt..T_T

"Wahai hati, aku tahu kau kuat dan tabah. Aku tahu kau sabar dan redha. Andai ini takdirnya buatmu, terimalah wahai hati. Kerana kau hati yang kuat dan tabah, membuat aku kuat. Ya Allah, aku redha dengan ujianMu ini.."

Falsafah Ombak dan Pantai

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

"Kata orang, laut dan pantai tak dapat dipisahkan. Tatkala laut bergelora, ombak mula mengganas lalu menghempas pantai. Tatkala laut semakin tenang, pantai tetap begitu dan tidak berubah kedudukannya. Tetap setia menanti kehadiran pukulan ombak yang seterusnya. Sekali-sekala, ombak yang menghempas pantai berlalu pergi, meniggalkan kesan pada pantai. "


 
"Kata orang lagi, resam pantai dan ombak, adakala  menjengah tatkala sepi, adakala pasang adakala surut."

  "Kata orang lagi, kalau takut  dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."


Kata aku:

Ombak pemberi yang setia. Tak jemu menghempas pantai. Pantai penerima setia. Tak jemu menanti ombak. Saling memerlukan, saling berhubungan. Indahnya perkaitan antara ombak dan pantai.

Nur: Kadang-kadang hidup dilanda badai dan derita. Bertabahlah dan sentiasa berdoa memohon pertolongan dariNya. InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan.

02 February 2010

Kerana Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Kini Februari menjelma menggantikan Januari yang berlalu pergi. Begitu cepat masa yang berlalu. Bulan yang bakal bertambah sibuk. Sibuk dengan exam, sibuk dengan assignment, sibuk dengan aktiviti dan paling penting sibuk dengan diri yang semakin sibuk. Dan mungkin di kalangan teman-teman sudah sibuk dalam mencari cinta. Ahaha. Seram sejuk pulak bicara tentang ini. 



Sedang melayari laman-laman ilmiah, aku terbaca akan kata-kata ini:

"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya"

Komen aku:
Teruskan mencuba wahai teman-teman. Kerana aku percaya anda merasa sanggup dan akan terus berusaha untuknya. Tak salah bukan kerana sudah sampai waktunya kalian merencana masa hadapan dengan baik.

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan"

Komen aku:
Teruskan berharap akan janjiNya bahawa setiap dari kalian telah diciptakan pasangan dari awal bermulanya terciptanya kalian. Teruskan percaya bahawa dengan keberanian yang kalian punyai dan keyakinan yang utuh padaNya, kelak berita gembira akan hadir menemani kalian. InsyaAllah.

Tapi di balik semua itu, janganlah kalian terlupa akan DIA yang mewujudkan benih-benih cinta di hati kita. Kata orang cinta itu buta. Kata orang lagi, cinta itu membutakan orang yang bercinta. 




Kata aku: 
Cintailah Sang Pemilik Cinta itu, kerana kelak Dia akan mencambahkan rasa cinta kita pada insan yang memandu kita untuk mencintaiNya. Yang mencintai agamaNya, yang mencintai dalam mentaati perintahNya dan jua yang mencintai dalam mencari redhaNya. Doakan moga kita tergolong dalam golongan yang akan sentiasa mencintaiNya. Amin~


Nur: Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Apabila hilang agamanya, maka hilanglah cintaku padanya. Ya Allah, temukanlah aku dengannya. Amin~

01 February 2010

Penutup Januari

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan semua..

Hari ni merupakan hari terakhir untuk bulan Januari. Cepat betul masa berlalu. Pastinya Januari 2010 tak akan pernah kembali buat selama-lamanya. Hanya pautan memori yang kukuh terpateri dalam ingatan kita semua. Hari ini 31 Januari beberapa berita yang sampai pendengaranku dan beberapa peristiwa yang berlaku. Biarlah yang gembira dan baik sahaja yang kucoretkan di sini. Yang duka itu biarlah aku menelannya sendirian. 

Pesan Abah dan Mama:

Utamakan pelajaran dan buat yang terbaik. Tumpuan itu penting. 

Kata aku: 

Ada tanggungjawab yang perlu dipenuhi

Kata mereka:

Rancangkan sebaiknya dan pilihlah jalan yang terbaik.

Terdiam aku. Monolog sendirian:

'Hanya aku yang mengerti kemampuan diri. Mereka hanya memberi nasihat. Tapi, aku jualah yang membuat keputusan. Aku harus positif dan yakin pada diri.'

Kata mereka lagi:

Kami sentiasa memberi sokongan tanpa dipinta.

Terdiam aku. Panjang fikiranku. Diam yang lama.

Kisah 1:
Berbakti di Zoo Negara buat komuniti haiwan.

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang sempurna membuahkan hasil. Ini merupakan pengalaman pertamaku merasai sendiri akan cara berkomunikasi dengan haiwan. Selama ini me'mudahkan cara' di kalangan manusia, kali ini aku menyelami akan kehidupan haiwan di sini. Kumpulan aku telah ditugaskan membersihkan kawasan Beruang dan juga Memerang. Pada mulanya, agak takut-takut memulakan langkah. Setelah keyakinan berjaya diperolehi dalam masa yang singkat, rasa itu memudar dan selesa itu wujud. Alhamdulillah. Peluang ini, memberi impak yang positif pada diriku. 


Hidupku yang disangka dikawal, rupa-rupanya hidup 'mereka' ini lebih ketat dikawal. Rutin harian yang dilalui, membuatkan aku terfikir, inikah dunia yang 'mereka 'kenal? Bersyukurlah aku kerana mempunyai dunia yang luas dan kebebasan yang diperolehi masih ada. Hidup 'mereka' hanya di kurungan itu dan jua lingkungan hutan kecil itu yang bagaikan dunia 'mereka'. Tapi aku? Masih banyak yang boleh aku perolehi dan pelajari dalam hidup ini. Insaf seketika, bermuhasabah kembali. Puji-pujian hanya padaMu Ya Allah.

**'Mereka' yang dimaksudkan adalah dunia Beruang dan Memerang.

Kisah 2:
Bertemu teman lama alam persekolahan menengah rendah (Tingkatan 1-3)

Alhamdulillah, peluang ini muncul. Kesempatan ini tiba. Bertemu dengan mereka, mengimbas kembali zaman persekolahan dulu. Zaman yang membentuk jati diri aku. Zaman yang mengajar aku tentang erti hidup. Zaman yang mungkin suatu ketika dulu adalah siksaan. Tapi kini, itulah yang dikenang, yang meninggalkan sejarah dan kesan lalu membentuk diri ini agar menjadi insan yang bergelar Khalifah.

**'Ampunkan aku Ya Allah, terkadang aku tersasar dari landasanMU. Alhamdulillah Ya Allah, kerana tatkala aku tergelincir sedikit, Kau menghantarkan teman-teman di sisiku, menegur dan membantu aku dalam memperbaiki diri ini.

Kisah 3:
Family kedua~STEADFAST


Terima kasih pada kalian kerana masih menganggap aku sebahagian dari kalian. Sesungguhnya aku beruntung kerana diberikan peluang untuk mengenali kalian.Di sini lah aku mempelajari tentang apa itu hidup yang sebenar. Suka dan duka kita kongsi bersama. Namun, andai aku tidak dapat memenuhi kemahuan kalian, maafkan aku ,kerana aku telah melakukan yang termampu yang juga terbaik. Andai ada kata-kataku dan jua teguranku yang membuatkan hati kalian gundah-gulana, menimbulkan dendam di hati, menimbulkan rasa benci bertamu di hati, ribuan kemaafan aku pinta. Kerana aku jua manusia. Tegurilah aku dalam jagaku.


Nur: Banyak yang menanti dan menuntu perhatian, aku mohon agar diri kuat dan tabah. 

"Ampunkan aku Ya Allah. Permudahkanlah urusan hambaMU ini."