13 January 2012

Hectic Week

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh! Alhamdulillah. Menarik nafas lega dan hembus perlahan-lahan. Minggu ini berakhir juga walau pelbagai cabaran ditempuhi dengan awalnya penuh ke'terpaksaan' dan berakhir dengan redha dan pasrah. Kerja. Kerja. Kerja. Tidak pernah habis. Seolah-olah kini 'terpaksa' menjadi tabiat dan amalan minggu ini. Harapan semoga minggu mendatang tidak begini.

Jumaat. Hari ini.

Pertama kali.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada pertama kalinya. Pertama kali aku memulakan perjalanan dari Bandaraya Anggerik menaiki bas U80 dengan berdiri dek kerana tempat duduk semuanya telahpun dipenuhi. Meraung sekejap dalam hati. Sekejapan cuma. Pantas bertukar pada redha dan pasrah. Bergoyang-goyang lutut menahan gegaran demi gegaran. 

Brek ditekan. Pedal minyak ditekan. Kembali pedal brek. Dengan jalan yang tersangatlah 'jammed' seolah-olah ada pesta keramaian di jalanraya. Fenomena biasa ditempuhi sekembalinya alam persekolahan dibuka.

Khamis. Semalam.

Pertama kalinya menapak dari ofis menuju ke stesen LRT selewat jam 8.30 malam. Pada asalnya perancangan begitu. Namun, perancangan bertukar. Menemani teman ofis mengambil kereta diparkir lantas ditumpangkan aku ke stesen LRT. Alhamdulillah.


Tiba di stesen komuter Bandaraya Anggerik hampir jam 10.00 malam. Tidak pernah aku tiba selewat ini. Dulu, pernah juga lewat, namun bukan dengan menaiki komuter. Itupun tiba di stesen bas hampir jam 9.00 malam. Cipta rekod. Mungkin biasa bagi orang lain. Tidak pada aku. Semakin 'workaholic' kah aku? Tidak sama sekali. Keadaan yang 'memaksa' aku dan mencipta rasa 'terpaksa' itu berlaku.


Bukanlah ingin menidakkan keadaan yang berlaku. Cuma, dengan keadaan-keadaan ini juga lah yang akhirnya mencipta pelbagai peristiwa pertama kali dalam kanvas kehidupanku. Selagi ada upaya dan daya, perjuangan akanku teruskan.

Minggu yang sangat 'ketat' dek kerana dateline yang mengejar. ATAU sebenarnya yang dikejar. Jua minggu yang banyak menahan 'rasa' hati. Mencuba untuk tidak 'amarah'. Lantas teruskan perjalanan kehidupan mencorakkannya dengan sebaiknya. Allah. Permudahkanlah.


Nur: 'Ya ALLAH, kurniakan aku kekuatan dalam menempuhi cabaran dan dugaan alam pekerjaan ini'

03 January 2012

A New Journey Begin

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kalendar 2011 telahpun berganti dengan 2012. Penamat 2011 menyaksikan penyatuan dua hati, teman yang dikenali tika di Taman Ilmu dan Budi dengan pasangannya. Seorang lagi teman melangkah ke alam rumahtangga. Syahdu dirasakan saat teman yang memegang status Cik bertukar menjadi Puan dalam sekelip mata. 

Tahniah wa barakallahulakuma Nabilah dan Fadhil.



Nur: Moga kedatangan 2012 membawa sinar kebahagiaan pada semua. 



Love, 
Nur Qistina 
03012012
12:12 A.M

30 December 2011

Bulatkan Hatimu

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam teratak maya usang ini. Sejak dua menjak ini begitu banyak khabar gembira yang aku dengar dari teman-teman dan kenalan-kenalanku.

Berbondong-bondong memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dan melangkah ke fasa yang baru. Dan yang telahpun dalam ikatan perkahwinan, mula mengembangkan empayar masing-masing. 

Tidak putus-putus berita yang kudengar dan baca di laman sosial dengan status masing-masing mengkhabarkan khabar gembira. Syukur. Alhamdulillah. Aku jua turut gembira dan mendoakan yang terbaik buat mereka. 

Ini adalah masa mereka dan masa buatku juga akan tiba. Tekadkan azam dan bulatkan hati dengan menanam keyakinan yang jitu pada takdir Illahi. 

"Tidak semua yang kita inginkan dapat dikecapi. Tidak semua yang dikecapi adalah yang diinginkan. Ada yang kita inginkan tidak perlu bagi kita kerana semua yang dikecapi sudah cukup bagi kita. Belajar untuk bersyukur agar suatu ketika kita berterima kasih kerana tidak memperolehi apa yang diinginkan kerana DIA lebih mengetahui apa yang perlu untuk kita kecapi."
Yakinlah, masanya akan tiba. Cuma sebelum hadirnya saat dan ketika itu, bulatkan hatimu dan serahkan keyakinanmu pada takdirNya. 
Nur: Moga segalanya dipermudahkan...
 

05 December 2011

Selamat Hari Lahir

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku, 

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia, 

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi, 

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Nur: Semoga tercapai apa yang dicita-citakan. 

03 December 2011

Kini Aku Kembali- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Ececeh! Gaya tajuk entry macam kononnya aku dah tinggalkan bertahun-tahun lamanya tiba-tiba nak buat pengumuman rasmi [tak berapa nak rasmi pun sangat] ala-ala penyimpan mohor umumkan esok puasa, raya dan sebagainya. 

Dan esok kahwin! Err.. Apakah? Ngee~ Ini salah satu perkara yang mesti dan jadi kewajipan jika tiada halangan. Ikut sunnah Rasullah s.a.w kan? Dan mengembangkan generasi umat Muhammad s.a.w. Ececeh! Ni dah mula nak gedik dan jiwang-jiwang pulak. Cukup. Jangan lebih-lebih. Karang ada yang buat laporan tidak rasmi secara lisan, mahu aku jugak yang masak nak menepis nanti. Aigoo..

Amboi. Bukan main lagi dok karang konon-konon gaya yang entah apa-apa tu. STOP! Jangan nak mengada nak mula karut-marut okay.

Hmm.. Nak sibuk cakap isu apa ya sekarang? Apa kata kita cerita-ceriti kesahnya aku yang tidak berapa nak update blog sejak bulan Februari lagi. Apa ko putus cinta ke sampai dok tunggang-terbalik ayat-ayat kejap nak suam kejap nak panas kejap pulak nak beku. Ish. Ish. 

Kononnya la sejak aku dah kerja mula malas nak menghadap laptop. Oh! Tiba-tiba keyword laptop membuatkan aku terasa begitu mencurah-curah idea yang datang bak bah kilat yang tiba-tiba melanda Kajang itu. Cet! Kononnya nak caka yang aku juga masih peka dan up-to-date la kan dengan apa yang berlaku di sekitar Malaysia. 

Fuh! Jom tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan dengan kuat sambil jerit 'Hoyyeah!' Ups. Ni kalau ada kakak naqibah aku dengar dok main hoyyeah2 ni mau kena teguq dan berkati-katilah nasihat yang menjengah halwa telinga ini. 

Kita selaku umat Islam yang telah terdidik dengan ajaran Islam sedari kecil lagi haruslah sentiasa membasahkan lidah kita dengan kalimah-kalimah zikir sebagai contoh 'Alhamdulillah, Subhanallah'. Hati pun tenang, pahala pun bertambah. Tak gitu kawan-kawan.

Ingat lagi hari tu aku janji nak update alkisahnya sepanjang 11 bulan yang lalu. Jom kita sama-sama buat sum-up. Confirm entry ni paling panjang! Cap mohor tertera di situ.

Januari 2011

Masa ni aku baru mula bertatih-tatih nak mulakan hidup baru. Eceh! Gaya macam pernah jalani hidup lama je. Alkisahnya, baru mula-mula segar [fresh] tamat dari pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang tercinta itu, tak keruan nak pilih jalan mana yang kena tempuhi. Kononnya macam sangat berliku la kan.

Mula la start [apa kena ngan bahasa ni?layan jep] nak cari keghoje nak penuhkan poket dengan duit yang berkepuk-kepuk supaya mudah enjoy joli dengan sakannya. Haha. Apa kes ni? Zaman bila pulak aku jenis berjoli sana-sini. Kononnya la kan macam hebat je gaya nak dok memperabih duit tak tentu hala. Ish. Ish. Awatla depa dok jadi lagu ni mah oii?

Interview sana. Interview sini. Konon macam banyak la kan pie interview. Kisah interview pertama kat Maybank memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kesnya apabila orang yang interview tu pie cakap depan-depan aku [habis tu takkan la depa nak cakap pandang tempat lain pulak kan?] byee~Awat boleh pie cari keghoje kat tempat lain. Oh! Kiaah oii. Pasai depa dok buat hang lagu tu? 

Erm.. Nak cite ke tak nak? Erm. Ceciter la kan. Pertama kali pie interview tunggu dekat 2 jam baru depa panggil masuk. Dan kena interview kurang 5 saat lagi 3 minit. Oh! Rasa macam. Hmmmm.. Takpelah, ini namanya pengalaman hidup bukan? Layankan je la. Dak takdak rejeki nak join sama-sama pie mengaum kat tempat Harimau itu. Aum. Aum. Pujuk hati dengan makan biskuat Tiger.

Lepas tu pie lagi interview kat Pana the Sonic pulak. Ekeke. Teringat game Sonic & Knucklers [gini ke eja]. Owh. Time ni sesi petang pulak. Pukui dua petang. Masa ni mama pun joing sama coz mama akan pie interview bagi pihak aku. Boleh ke? Haha. Aku tipu. Aip! Jangan tipu. Dosa~

Pum. Pam. Pum. Pam. Naik terbelit lidah aku dok speaking omputih. Kejang pipi aku sekejap. Pas abes sesi kat bawah depa pie bawak naik atas. Nak dijadikan cerita mungkin rezeki aku gamaknya hari tu. Depa nak interview 5 orang tapi end up aku sorang je yang muncul dengan batang hidung yang mancung. Aset ni. Ala-ala Shah Rukh gitu. Apa kes nama dia aku letak sini? Takde kaitan okay.

Sambung balik, lepas tu sambung lagi interview dengan Miss Bos and tak lama pastu Mr Big Bos. Then, abes semua tu aku secara tidak rasminya diterima bekerja kat situ. Dapat jugak aku banting tulang empat kerat aku kat situ. Alhamdulillah. Lapor diri hari Selasa.

Baru kerja tak berapa hari aku mintak cuti. Kesahnya ikut famili pie ke Johor. Masa ni abah nak pie lawat anak murid dia praktikal kat sana. Dapat pie satu tempat je. Satu lagi tak dapat pie pasai Johor naik air a.k.a banjir besar. Jadi, abah amek keputusan nak patah balik sebelum kami tergendala-tersadai kat situ. Memori aku ni dok campur aduk jap nak recall balik kisahnya air masuk dalam kereta. 

Oh ya! Pie amik angin kat luar jap. Nanti sambung balik. 

Nota: Senyum tak perlu kata apa-apa. ^^,