13 January 2015

Aku Isterinya Part 3

Assalamualaikum...

Ke hadapan pembaca yang budiman.

Menyambung kembali perkenalan aku dengan encik hubby. Siapa yang kenal aku tatkala di zaman universiti tahu akan kelantangan aku bersuara. Dan sikap itu amat sukar diubah. Ini kerana aku seorang yang berani menyuarakan pendapat aku yang aku rasakan benar dan relevan.

Aku jenis yang berani menanggung risiko. Pendek kata aku tidak tahu erti takut. Tapi bukan bermakna aku langsung tidak takut. Ada hal yang aku takut untuk mengambik keputusan. Aku masih ingat tatkala aku di alam universiti, terjaga di tengah malam hari aku perlahan-lahan membentangkan sejadah merah hati kesayangan aku yang dihadiahi oleh kedua orang tuaku itu.

Menadah tangan dan sujud memohon petunjuk di sepertiga malam. Aku insan yang lemah memohon keampunan daripada Sang Pencipta. Memohon agar dipertemukan jodoh yang baik.

Aku pernah bermimpi beberapa hari berikutnya namun mimpi itu tidak jelas. Ya. Bersabarlah dan teruskan pengajianmu Najat. Aku masih ingat tentang sekembalinya aku daripada umrah, ujian yang sama Allah timpakan pada aku. Demam panas yang panjang dan kemudian warded selama hampir seminggu juga.

Kisah yang berulang kali menyebabkan aku amat benci akan sejarah. Siapa kata sejarah tidak mungkin berulang? Siapakah kamu untuk berkata sedemikian. Hatta di dalam Al-Quran juga Allah ada menyebut tentang ini.

P/s: Mulailah fahami diriku ini. Daku akan cuba memahami dirimu perlahan-lahan. Leraikan sengketa lama.

12 January 2015

Aku Isterinya Part 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ke hadapan pembaca setia blog ini...

Hari ini aku tinggal lagi 6 hari lagi sebelum tempoh berpantang aku tamat. Sepanjang aku berpantang nie aku rasa aku la insan yang paling degil yang boleh request macam2 untuk makan. Kalau orang lain hanyalah ikan bilis + halia + kunyit. Tapi aku tidak. Degil tidak degilnya aku nie. Allahuakbar! 

Sampai ahli keluarga lain tidak tahu nak buat apa dah dengan aku yang degil ini. 

Berbalik pada tajuk di atas. 

Aku menghantar pergi mamat yang aku stalk facebooknya beberapa minggu lepas. Di dalam hati aku boleh tahan mamat nie. Tidak seperti mamat yang pernah aku kenali sebelum ini. Semuanya tidak boleh pakai. Maaf kalau bahasa kasarnya haprak. Aigoo. Semuanya bila aku cabar untuk berjumpa dengan parents terutama abah aku semuanya tidak berani. Mungkin status sebagai pelajar menghalang mereka berbuat demikian. Namun, adik aku yang berkahwin tatkala belajar pun ada sahaja rezekinya. Apa yang penting kemahuan itu.

Jika disimpulkan di sini aku masih belum berjodoh lagi tatkala itu.

Kami saling berhubungan untuk menguruskan urusan pernikahan hanya menggunakan SMS sedangkan zaman serba moden nie pelbagai cara boleh digunakan. Indahnya bercinta selepas nikah itu hanya Allah yang tahu. Tetapi adat berumahtangga ada kala gaduh-gaduh manja itu terjadi juga. 

Memetik kata-kataku di dalam facebook ku hanya sekadar berkongsi semula:-

Life must goes on
Memberi Bantuan Tanpa Dipinta
Bukan mudah kita ingin memberikan bantuan tanpa dipinta bukan. Kadang2 perlu diberikan arahan, disuruh dan sebagainya. Mengapakah ini terjadi? Kerana kita hanyalah manusia.
Aku teringat kata-kata yang mengatakan orang yang memberi akan menerima lebih lagi. Janganlah kita bersikap kedekut. Tidak rugi memberi walau dengan sekadar sebuah senyuman.


Gurls in the family!

09 January 2015

Catatan Rindu 2015 Part 1

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ke hadapan semua pembaca yang budiman. Aku bukanlah sempurna. Aku punya banyak dosa dan kekhilafan. Allah telah menetapkan dan mencipta manusia itu dengan sifat pelupa. Seringkali aku mengingatkan teman-teman dan ahli keluargaku selagi mana aku masih diberi sifat ingat, bangkitkan dan sedarkan aku. Aku ini banyak dosanya jika nak dibandingkan dengan insan lain.

Tatkala aku menaip catatan rindu dari hatiku. Setulus hati Najat yang menginginkan kawan-kawan lama bersatu kembali. Lupakan  sengketa lama. Wahai temanku di Sarawak, adakah dirimu masih marahkan diriku ini. Mungkin kematian anakku pada tahun lalu salah satu disebabkan dirimu masih tidak memaafkan kesalahan diriku tidak mengkhabarkan tentang aku ingin bernikah pada 2013. Itu semua cerita lalu.

Kata suamiku, bukalah buku baru sayang. Biarkan yang lalu berlalu. Ada orang yang masih tidak memaafkan kita itu abaikan. Kita dah meminta maaf. Di bulan yang mulia, bulan kelahiran junjungan Rasullah s,a.w, aku menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan buat yang mengenali diriku. Aku adalah Najat yang kalian kenali,. Dulu, kini dan selamanya masih begitu. Aku bimbang andai aku bakal berhadapan dengan maut buat kali yang ke-2 aku tidak sempat memohon kemaafan daripada kalian.

Kata orang apabila kita dah bersalin nie Allah basuh dosa-dosa kita. Seolah-olah kita buka buku baru seperti bayi baru lahir. Allah! Betapa aku merindui Shauqi. Maaf, Sampai bila-bila rindu ini akan terpahat kekal di hati. Aku bukanlah meminati subjek Sejarah akan tetapi aku amat kuat daya ingatan tentang sejarah dan tarikh2 penting yang berlaku di dalam ahli keluargaku.

Aku jenis yang akan mengambil tahu bila aku mahu. Bila tahap aku langsung tidak mahu ambil tahu, orang sekelilingku kena mula bimbang. Aku boleh berhenti bernafas jika aku mahu. Aku selalu bergurau dengan abah, " Najat boleh berhenti bernafas 1000 tahun" kataku pada abah kesayanganku. Jika mahu, tetapi kerana memikirkan orang sekeliling, aku memohon agar Allah memanjangkan usiaku.

Alhamdulillah, aku diizinkan untuk hidup kali yang ke-2. Pesan aku, jangan mengumpat keji manusia bila mana tidak berpuas hati dsb. Aku jika mahukan sesuatu aku akan buat hingga habis. Aku tidak suka sikap bertangguh.

"Demi masa....Al-Asr 1-3"

Aku masih ingat, tatkala aku berada di UIAM Gombak, sesampai je pada surah An-Najmu, yang menceritakan tentang suka dan duka aku menangis semahunya. Bukan mahu dikatakan kebetulan dan sebagainya. Tapi aku amat menyukai cerita My Girl sedari dulu kerana ada part yang Joo Yoo Rin ambil bintang dan sempat disambut oleh Seoul Gong Chan.

Ada satu lagu di dalam cerita nie yang mana Never Say Goodbye. Selagi aku belum menggembirakan orang sekelilingku, aku memohon agar Allah memanjangkan usiaku. Jika aku banyak melukakan hati orang sekelilingku, biarlah aku pergi buat selamanya. Itu yang terbaik.

Nama ayahku Hamdan
Nama aku Najat

Hamdan di permulaan doa.
Najat di pengakhiran doa. 

Walau apapun mana boleh lawan abah kan.

"Ya Allah, satukanlah seluruh umat Islam"


p/s: Awak baca ke blog saya nie? =p

06 January 2015

Hari Shauqi di Jangka Lahir

Assalamualaikum n hi alls!
Life must goes on.
Just wanna share my story. I dont know it is because of lack of knowledge or Allah's will things happened to me. I supposedly delivered the baby boy on today.
6 jan 2015.
But my husband told me baby die in womb. But if I plot my story from what I remembered, it wont be like that. It just be because human fault but not Allah. We just planned but Allah decide the best for us!
Starting from end November I had high fever. The story begin on 5 December 2014 when doctor at Klinik Bersalin An-Nur said 'air ketuban' is at 7. She referred us to gomen hospital. We decide to go to PPUM since it is near Shah Alam.
I have been in ICU for 2 days. Been warded in post-antenantal ward for remaining 14 days. Been suspected HELP syndromme, dengue and liver problems. Too many test given by Allah, and alhamdulillah I still alive today.
To my beloved baby boy that i even cannot see the face during been in ICU, Allah knows best for you, ummi and abi.
Just my story to share to mom out there.
Aja2 fighting!
Regards, 
Nurun Najat binti Hamdan
8.39 a.m.
Ruang Tamu Rumah

02 January 2015

Shauqi Dipanggil Illahi Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada pembaca  yang di sayangi.

Lama betul aku tidak mengupdate blog kesayangan. Cadangnya nak selak langsir baru. Namun biarlah dulu hingga aku betul2 sembuh dan habis berpantang. Akhir Disember 2014 aku diuji.

Kronologinya bermula begini:

Sabtu 29 November 2014

Aku mula rasa tidak sedap badan dan badanku mula berasa panas. Pada hari itu aku mula hilang selera makan dan muntah teruk. Satu makanan pun aku tidak mampu telan.

Ahad 30 November 2014

Aku kerap bangun dan muntah. Berulang-alik ke tandas tanpa aku sedari itu sebenarnya adalah tanda mahu bersalin. Suhu badan aku mendadak naik. Ahad Klinik Najat tutup. Kami singgah ke Klinik Bersalin An-Nur. Tapi di sini hanya menerima kes emergency. Sedangkan kalau ikutkan waktu tue aku dikira emergency kerana aku siap bawa kad pink aku bersama.

Sudahnya aku memutuskan hanya pergi makan di Restoran Syed Seksyen 3 dan terus pulang ke rumah. Makan apa yang ada dah lewat malam pun masa tue kan. Tapi yang pasti aku kerap minum dan kerap membuang air. Aigoo. Awat nie Najat?

After makan kami balik rumah. Tapi aku masih tidak dapat tidur.

p/s: Sebut pasal pink colour. Hihi now I am in love with my hubby. Abes sume umah parents aku nie aku cat warna pink. Aigoo. Pantang nampak warna pink. Aku kan sedang berpantang nie. Hihi. Suami aku tiap kali nampak pink colour tue mesti akan gelakkan aku. Oh! Please. Orang pantang macam aku nie MANJA tolong jaga hatinya dan jangan sebut kata-kata tidak baik.

Memandangkan sekarang aku seorang Ustazah, aku akan menasihati diri aku dan kaum keluargaku bahawasanya "Doa itu senjata orang Mu'min"