29 November 2014

Aku Isterinya Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada pembacaku yang budiman.

Eceh! Fefeeling artis gitu. Siapa pernah sangka dia yang begitu dekat adalah jodohku. Jika dahulu aku pernah admire seorang mamat berlagak hensem nie sedari usia 12 tahun (actually aku 11 tahun). Al-maklumlah budak pandai katakan bajet PTS gitue. Wakaka. Adik-beradik aku 3 orang budak PTS. Abang, aku dah Muhsin.

Kenapa aku sayang Shah Alam lebih? Kerana tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat jatuh hati. Ececeh! Walhal sebenarnya jodoh aku yang telah ditetapkan oleh Allah ialah dia. Dia suamiku. Mohammad Shafiq Abu Bakar yang merupakan anak kepada kawan nenekku di Felda Keratong 2.

Bezanya cuma berlainan blok sahaja. Jika dikira aku pernah bertemu dengannya sejak dari usia 2 tahun ketika mama pergi belajar menjahit dengan maknya. Owh maknanya lagi lama iaitu 24 tahun berbanding mamat bajet power dan hensem itu. Ada aku kesah dengan ko anak siapa pun?

Ahaha. Aku masih ingat kata-kata abah, kamu masih ada abah dan mama. Jadi jika betul budak tu sukakan kamu mesti dia berani jumpa kami berdua ibubapa kamu. Oh! My. My. Siapa sangka perjalanan aku bertemu jodoh dengan suamiku kini perlu melalui dan mengenali lelaki-lelaki lain yang cuma hanya mahu mengambil kesempatan. Ahaha!

Jangan tidak tahu aku ni memang jenis berani dan lantang orangnya. Garang tau aku nie. Selalu digelar kakak yang garang oleh si bongsu Amim. Tapi garang-garang aku punya hati yang baik, Dalam hati ada taman.

Aku masih ingat kata-kata abah "Dalam 10 lelaki yang kamu jumpa hanya yang ke-11 yang boleh dipercayai. Hihi. Maaf yach teman-teman lelaki aku yang pernah ku kenali secara sembunyi mahu pun tidak. Hoho. Jika ditanya ketika aku di SAMBEST dahulu aku nie jenis low profile orangnya. Senyap gitu.

Dengan dak2 laki boleh kira berapa kali aku bercakap. Ahaha, Jangan tidak tahu aku pernah tulis surat sepanjang2 alam pasal ketidakpuasan hati aku tentang kelantangan seorang rakan sekelas aku yang kini telahpun menjadi orang yang sangat hebat.

Pssst...maafkan saya yach encik! Hahaha.

Err...maafkan aku ya kepada mamat-mamat yang pernah ku kenali, Haha. Aku nie kan sopan-santun orangnya. Dan paling penting aku nie bajet cool. Wakakaka.

Siapa sangka jodoh aku terpaksa melalui pelbagai liku dan cabaran. Aku masih ingat target aku untuk mendirikan rumahtangga adalah paling lewat ketika berusia 27 tahun. Alhamdulillah Allah izinkan aku dinikahi suami aku dengan mudahnya.

Perkenalan yang tidak sampai sebulan setengah 23.2.,2014 (tak tau kata nie birthday encik suami). Ingat lagi masa hulur cupcake yang disponsor kakak iparku.

"Nah hadiah."

Hanya itu sahaja perkataan aku tatkala pertama kali bertentang mata. Ceh! Konon malu2 kucing la tu. Aku langsung tidak amek port perbincangan orang tuaku bersama orang tuanya.

Usai aku menyerahkan cupcake padanya, terus dia memecut kereta Honda CRV milik ayahnya yang pada sangkaku miliknya. Wow boleh tahan mamat nie pakai CRV. Perempuan biasa la tertarik pada materialistik sangat.

Sepanjang tempoh perkenalan kami hanya menggunakan perantaraan mesej sahaja. No calling2. Katanya kita simpan after nikah. Okay. Noted with thanks. Aku ingat lagi Tok dok asyik tanya pasal dia ada contact atau tidak. Aku pun cakap tak. Penakut kot Tok. Ups! Ampunkan aku yach encik Suami.

Permulaan kisah aku bermula bila mana aku makan malam bersama mama dan abah di Restoran Mawaddah. Abah nak makan biskut cicah air. Jadi aku pun pie beli kat kedai Along. Elok aku duduk kembali aku menyedari abah sedang berbincang sesuatu yang serius di dalam perbualan telefon. Aku tertanya-tanya soal apa. Aku tanya mama hanya kata tidak ada apa-apa. Hatiku kuat mengatakan ada sesuatu yang berkaitan dengan aku.

Abah berkata pada mama "Mak tukar nombor ke?"

Mama hanya mengiakan. Hatiku tidak puas. Lantas sesampai je aku di rumah aku terus menghubungi Tok.

"Assalamualaikum Tok dok watpe tue?"

"Wa'alaikumussalam. Tak dak watpe. Kakak sihat?"

"Alhamdulillah sehat."

Aku pun meneruskan perbualan dengan Tok. Tiba-tiba masuk soal kahwin. Aku menekankan berkali-kali aku mahu sekiranya aku bernikah majlis pernikahan aku dilangsungkan di Shah Alam. Kerana aku merupakan anak perempuan sulung di dalam keluargaku. Aku berdegil. Cukup sekadar majlis nikah, Tidak perlu besar-besar. Alhamdulillah. Impian aku tercapai.

Tarikh keramat 27 Mac 2014 aku disatukan dengan jodoh pilihan keluarga.

Okay. To be continued. Mengantuk sudah.

p/s: Berdebar-debar pulak nak jadi umi nie. Doakan aku yach kawan-kawan!

26 November 2014

Saya Seorang Guru Kafa JAIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum to my readers! 

Alhamdulillah finally after hectic week in final week school now boleh berehat sekejap even masih kena bertugas di dalam cuti. Mudah kerja guru ini? Be in this field and you'll know how it feels.

Rasa sangat horrible dan disaster bila mana memegang dua kelas yang mana sesi pagi adalah kelas wajib aku dan kelas petang kelas ganti bersalin. Al-maklumlah elaun sebagai Guru Kafa JAIS yang hanya RM1300 tu berapa sangatlah jika nak dibandingkan dengan kos sara hidup pada masa kini.

Dengan harga minyak yang bakal diapungkan pada 1 Disember nanti. Dan pelbagai lagi kenaikan demi kenaikan. Dengan GST 6% yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan. Fuh! Mahu tersekat nafas menghadap kenaikan harga barangan asas dan keperluan yang lain.

Kembali pada cerita sekolah tadi. Masa yang pada kebiasaannya diberi tempoh selama 2 minggu bagi menyiapkan menanda kertas, mengambil markah dan menyiapkan buku rekod kemajuan pelajar menjadi seminggu kerana mengejar akhir tahun yang berbaki hanyalah 5 minggu sahaja selepas Peperiksaan Akhir Tahun lalu.

Life is not easy dear. 

Di dalam seminggu aku menyiapkan menanda kertas peperiksaan Tajwid dan Akhlak yang ada 8 bundle setiap satunya mempunyai 38 skrip. Fuh! Rasa nak pengsan dan berpinar-pinar mata menghadap semua tu. Tapi gagahkan juga diri. 

Ditakdirkan pada hari ke-4 aku tidak berapa sihat dan mendapa cuti sakit sebanyak 2 hari. Masuk ke sekolah hidup aku huru-hara. Mana nak tanda kertas mana nak kira markah mana nak siapkan buku rekod kemajuan mana. Siapa kata kerja guru ini mudah? Belum lagi mengawal kelas yang mempunyai murid sebanyak 38 orang itu.

Minta maaf jika aku kata ada ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah supaya ada yang menjaga anak mereka sepanjang tempoh mereka bekerja. Langsung tidak mengambil peduli sama ada anak pandai membaca, menulis dan mengaji dan sebagainya.

Apabila tiba hari menandatangani report card akhir tahun baru aku mendapat cerita sebenar kenapa ada di kalangan anak-anak muridku yang tidak mampu membaca al-Quran dan masih tidak mengenal huruf hijaiyah.

Aku seorang tidak mampu menumpukan perhatian pada pelajar yang lemah walaupun adakalanya ketika rehat aku memanggil anak murid yang masih tidak pandai membaca al-Quran mengajarnya mengenal huruf. Alhamdulillah, sedikit sebanyak perlahan-lahan dia boleh membaca. 


Pada anak murid yang tidak mengenal huruf aku berpesan balik rumah belajar dengan mak. Tapi bila perjumpaan dengan ibubapa barulah aku tahu cerita yang sebenarnya. Anak muridku ini terabai. Maknya tidak pernah solat dan tidak bertudung. Bila terjadi perkara begini siapakah yang salah sebenarnya?

Aku masih ingat ketika di awal tahun aku enggan bersalam dengan anak2 murid lelaki, Ada yang bertanya kenapa? Aku jawan sebab kamu tidak dengar cakap ustazah. Tapi di akhir tahun aku menerangkan sebab yang sebenarnya. Kamu akan naik Tahun 4 dan akan mencapai umur baligh bagi yang perempuan. Pesan ustazah, keluar rumah atau ke mana-mana pastikan bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat. 

Kerjaya sebagai seorang Guru Kafa JAIS memang banyak memberikan aku ruang dan peluang untuk mendidik anak-anak murid menjadi manusia yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk kembali berkhidmat di sekolah aku sebelum ini. 15 tahun meninggalkannnya dan kini aku kembali berkhidmat. Bertemiu kembali dengan ustazah ku yang pernah mengajarku dulu adalah suatu yang amat menggembirakan.

Aku percaya, seoarang guru kepuasannya apabila anak didiknya berjaya di dalam hidup. Paling penting menjadi insan berguna. Bukan sahaja dari segi akademiknya malahan dari segi sahsiahnya. 

Akademik cemerlang sahsiah gemilang!



Najat: Life is not easy...


21 November 2014

Happy Bunch Again!

Dear all my readers,

Ececeh! Gaya macam ramai je yang baca blog ni. Rindu berblogging macam zaman student dulu. Boleh katakan hari-hari ada je updatenya.

Cuti sekolah akhir tahun kini kembali. Hampir tidak percaya dengan diri sendiri yang telah pun berjaya mendidik dan berkhidmat di SRA Seksyen 3 sekolah agama yang dahulunya menjadi tempat aku belajar. 15 tahun masa berlalu. Kejap je. Bagaikan semalam baru melaluinya.

Tajuk pasal Happy Bunch. Masih ingat lagi dengan entry Happy Bunch aku yang sebelum ini? Kali kedua aku mengirimkan bunga buat yang tersayang.


Keadaan bunga sewaktu diterima pada 10 November 2014. Cantik kan bunganya? Wangi pulak tu. I love roses. Especially white in colour.

Gambar di bawah adalah keadaan bunga selepas 10 hari diterima iaitu pada 20 November 2014. Tidak aku sangka masih cantik dan kata hubby masih wangi. Pandai betul jaga bunga tu ya? Suka sangat!


Hah! Cantik lagi kan? Believe it or not. Hihi. Pasu tu beli di Hinode Shop kedai RM5. Kalau lalu depan kedai tu je mesti akan ada orang yang cakap RM5 setiap barang. Hihi.

Weekend ni bakal busy dengan pelbagai aktiviti. Akan mula sibuk update blog nie dengan cerita hidup aku yang sangat berwarna-warni.

Baby dalam kandungan bagi umi makan dan bercuti puas2 ya. Sekarang dah 33 minggu. Kerapkali aku cakap pada Encik Suami tentang kerisauan dan ketakutan aku untuk melahirkan. Dia selalu kata ' Kalau sayang risau abang lagi risau.'

Doakan aku ya kawan-kawan. Tempoh hamilkan anak pertama ni memang sangat indah. Pelbagai pengalaman baru diperolehi.

Najat: Berniaga di hari Ahad di Anggerik Mall adalah aktiviti wajib hingga melahirkan. InsyaAllah moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat anak sulung kami berdua. Amin.


10 November 2014

I Love My Weekend

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum to all my readers.

Eceh! Gaya macam ramai sangat je reader ko Najat. Weekend baru ni I'm super duper busy. Ececeh! Kononnya nak berehat-rehat di kala hari minggu lantaran terlampau banyak kerja-kerja sekolah yang harus diselesaikan. What to do,perancangan tinggal perancangan sahaja.

Start my Saturday morning with Dr Azizan Osman course.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman

Hasil ajakan dan pujukan my dear hubby. Kalau tidak jangan haraplah aku nak pie menghabiskan weekend aku dengan dengan mendengar ceramah keusahawanan ni. Tak kena dengan jiwa aku yang suka cinta-cintun ni. 

Walaupun suatu ketika dulu masa zaman study di IIUM aku merupakan pelajara jurusan Pentadbiran Perniagaan, aku dah pun pelajari teknik-teknik asas dari segi teori. Cuma praktikalnya je tiada. Bagi canlah aku nak menikmati kehidupan yang senang-lenang dan aman damai ni. Baru nak enjoy masa-masa yang ada dengan yang tersayang.

Bukan mudah sebenarnya aku mengambil langkah meninggalkan alam pekerjaan aku yang gah suatu masa dahulu. Bila orang tanya ko kerja mana dengan bangganya aku kerja bank. Wah! Mesti orang ingat gaji ribu-riban itu menjamin kebahagiaan. Tapi tidak pada aku. Kualiti masa aku bersama keluarga dah kurang.

Langkah berani aku ambil dengan menghantar surat berhenti kerja tanpa menoleh ke belakang lagi. Hasil istikharah aku ketika di bulan Ramadhan tahun lalu. Dengan 3 bulan notis, akhirnya aku meninggalkan bumi Kuala Lumpur dan berkhidmat di tempat tinggalku Shah Alam tercinta!

Klinik Dr Azizan ini sebenarnya banyak perkongsian menarik yang mana dikongsikan olehnya tentang jatuh bangun hidupnya sebagai seorang usahawan. Tentang bagaimana akhirnya beliau tersedar dari lena yang panjang.

Seorang gurunya yang mengajar tentang teknik usahawan yang tidak tahu membaca dan hanya tahu berbahasa Mandarin sahaja. Kelebihan yang ada pada Dr Azizan Osma yang mampu berbahasa Mandarin membuatkan beliau berguru dengan Peter Low.

Haaaaa...tentang apa yang diceritakan dan dikongsikan oleh DAO aku akan update dalam entry khas. Sekarang aku cuma nak cerita tentang kisah weekend aku yang sangat seronok nie. Hihi.

Melawat Rumah

Semua orang mahu memiliki rumah sendiri bukan. Aku dan encik hubby juga tidak terkecuali. Jadi aku dan encik hubby berusaha keras untuk mencari rumah untuk kami diami dan belajar untuk berdikari jika diizinkan oleh Allah. 

Sekarang aku masih duduk bersama dengan parents aku. Sayang nak tinggalkan rumah yang telah pun aku diami hampir 16 tahun ni. Banyak kenangan yang tercipta, namun aku telah pun berumahtangga jadi aku haruslah redha mengikut ke mana sahaja suami aku nak bawa aku tinggal bukan?  

Aku doakan agar Allah permudahkan urusan kami bertiga (Aku, encik hubby dan permata hati kami yang akan coming soon, InsyaAllah doakan kami) untuk memperolehi rumah sendiri. Boleh deco sendiri. Hias sendiri. Dan macam-macam lagi perancangan. 

Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana dikurniakan parents yang amat memahami kedudukan kewangan kami yang masih lagi bertatih membina keluarga sendiri. Sayang memang amaaaaat sayang untuk aku melangkah pergi dari rumah ini. Tapi hidup mesti diteruskan.

Di kesempatan yang ada ini, aku cuba berbakti selagi boleh. Membantu mana-mana yang perlukan bantuan aku, Aku tidak mahu dikatakan anak yang tidak mengenang budi ibubapa aku yang bersusah-payah mendidik dan membelai aku sedari kecil lagi.

Bila mana aku sendiri bakal memiliki permata hati, sedikit sebanyak aku dapat menyelami hati mama dan abah yang mahukan anak-anak yang berjaya bukan sahaja di dunia malahan di akhirat. Seiiring sejalan semuanya. 

Aku bertuah kerana masih ada mereka berdua. Sedaya mungkin aku menyenangkan hati mereka dan tidak membebankan mereka dengan masalah aku. Aku masih punya 4 orang adik yang masih perlukan perhatian mama dan abah. 

Sebagai kakak sulung, berat sebenarnya tanggungjawab yang aku pikul. Tapi dah takdir aku ni adalah kakak dan bukannya adik. Walaupun orang selalu kata aku adik bila jalan dengan adik perempuan aku Najihah, Al-maklumlah aku kan awet muda gitu.

Yayah sila jeles dengan kakak kamu nie, Wakaka.

Kunjungan Rakan Hubby

Malamnya kami dikunjungi oleh saudara Hezry (artis ni) dan isterinya Izzah. Memang niat aku nak masak spagheti sebab dah lama tidak masak. Dan mood memasak datang bila aku stress.Syok masak ni sebab ala-ala terapi minda gitu.

Habis licin spagheti aku sampaikan adik aku Syahmi nak ulang makan dah tiada. Jangan sedih ya, nanti kakakmu yang garang tapi baik hati nie masak lagi. Masa aku siap masak boleh pulak adik bongsuku Syamim kata tidak cukup dan nampak macam sikit.Walhal selama ni banyak tu yang aku masak.

Berbalik pada kunjungan rakan Hubby. Seperti biasa topik yang dibincangkan adalah bisnes. Hubby aku ni kalau bab-bab bisnes memang dia minat sangat-sangat. Hinggakan dia dah tabur modal pun dalam perniagaan Najat's T-Muslimah yang aku mulakan secara kecil-kecilan. Sleeping partner la katakan. Hihi. Ups! Marah betul bila aku cakap gitu. Sampai tarik muncung.

Petang tadi pula, sekali lagi dikunjungi dengan ex-housemate Hubby yang banyak membantu perjalanan semasa majlis pernikahan kami bulan Mac yang lalu. Mak mentua aku tidak habis-habis memuji sikap ex-housemate Hubbyku ini. Baik budaknya. Haha.



Setiap kali aku balik Keratong ada je cerita yang sedikit sebanyak terselit pasal Fariz nie. Untung siapa dapat dia, pandai ambil hati orang tua. Ececeh! Hah, sekarang bakal jadi Deputy Head di sebuah kolej swasta (Ke universiti ya?). Untungla rezeki masing-masing kan. 

Mengidam epal asam boi dan pelam epal asam boi. Sudahnya sebelum balik tadi dalam kegelapan malam sempat lagi kait buah pelam epal. Balik-balik proses dan buat pelam epal asam boi. Tak dan peram abes dah kena makan. 



Sama la kesnya dengan aku petang tadi yang buatkan epal asam boi request daripada encik Hubby. Sudahnya habis sebalang licin dikerjakan oleh encik Hubby dan adik-adik. Hai kome nie la, semua nak nanti hidang. Kalau tidak hidang jangan mimpi la habis seplastik buah epal yang abah dah lama beli tu.



Nasib baik korang dapat kakak garang lagi rajin macam aku. Kikiki.

Wah! Panjangnya entry weekend aku kali nie. Kerja sekolah kena siapkan. Dah janji nak hantar esok. Siapa kata jadi cikgu ni senang? Memang aku nak ketuk kepala sorang-sorang. 

Najat: I love my family and my weekend!

Pssstt.....plan dating kita tidak jadi lagi la nampaknya kan? Bila eh encik suami? =p


06 November 2014

Jatuh Terduduk di Bilik Air

Bismillahirrahmanirrahim...

Terjaga pukul 3.00 pagi nak pie toilet. Biasa la masa mengandung ni keje kerap bangun dari tidur untuk pie toilet. Dengan mamai2 dan entah macam mana tersilap langkah terus jatuh terduduk.

Alhamdulilah aku jatuh tak terhentak kuat ke apa. Tapi rasa takut juga sebab jatuh masa mengandung. Usia kandungan kali ni dah masuk minggu ke-31. Ya Allah, aku mohon kandunganku ini selamat.

Mungkin sebab tengah mamai2 pie masuk bilik air terus tergelincir dan jatuh terduduk. Dah bunyi macam nangka busuk pun ada.

Niat di hati nak stay up smpi pukul 2 pagi nak marking paper exam yang berbaki ni, tapi ngantuk mengatasi segalanya.

Alang2 dah terjaga ni,  aku terus rancang untuk habiskan marking paper2 yg ada. Memang minggu ni saja dah jadi macam mayat hidup. Tak sabar nak tunggu weekend supaya dapat rehat puas2. 2 minggu ni memang sangat memenatkan.

Najat: Risau jatuh tak hilang2 lagi. Moga2 takde apa2.