Bismillahirrahmanirrahim...
Kisahnya nak pie renew passport hari ni. Pada awalnya aku dan hubby pie ke Jabatan Imigresen Shah Alam. Tapi, bila sampai je di sana beratur dah panjang dan mungkin kami takkan dapat nombor giliran bila tiba giliran kami.
Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Jabatan Imigresen Putrajaya. Apa yang aku tahu Jabatan Imigresen beroperasi separuh hari di Shah Alam. Jadi bila fikir logik di Putrajaya pun begitu.
Setibanya kami di sana kami dihidangkan dengan notis yang mengecewakan. Bayangkan telah jauh datang dari Shah Alam ke Putrajaya notis memberitahu urusan passport tidak lagi dijalankan pada hari sabtu dan ahad sejak 31 Januari 2015. Lagi minggu yang sia-sia.
Jika minggu lepas kami pergi di Jabatan Imigresen Shah Alam nombor giliran telah pun habis. Minggu ini pun situasi sama yang kami hadapi. Kecewa dengan sistem yang kerajaan Malaysia buat.
07 March 2015
18 February 2015
PPUM dan Aku Berpisah Tiada
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman...
Berada di PPUM mengembalikan memori hitam aku dan encik suami. Tetapi apakan daya telah menjadi suratan tempat ini kami bakal singgah dengan kerap selagi Hospital Besar Shah Alam belum beroperasi. Aku berjanji pada diri, sekiranya hospital tersebut telah pun dibuka aku akan meminta Doktor sakit puan di PPUM membuat refer letter ke hospital baru itu nanti. Ceyt! Berangan sungguh.
Sebut tentang PPUM memang aku percaya rata-rata yang mana jika dibuat survey ramai yang mengalami mimpi ngeri berurusan dengan staff di sini yang berlagak. Segelintir darinya cuma. Sepanjang aku berada di sini selama 12 hari usai melahirkan anak sulung, layanan yang aku terima sangat baik. Hanya di permulaan sahaja tidak. Suratan takdir menentukan kisah hidupku dan suami begitu. Maaf, jika aku masih lagi membicarakan soal lama. Makan masa untuk aku melupakan apa yang telah terjadi pada diriku sepanjang akhir Disember.
Aku ingin memanjangkan bicaraku lagi tapi nomborku telah pun dipanggil. Sehingga berbicara di kali akan datang dalam bicara nan indah. Tiada lagi memori hitam bersamaku.

07 February 2015
2 Bulan Pemergianmu Anakanda
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman...
Ke hadapan anakanda Mohammad Shauqi bin Mohammad Shafiq,
Hari ini genap 2 bulan pemergian anakanda yang dikasihi dan diingati selalu oleh Ummi dan Abi. Isya' tadi usai Ummi menunaikan solat, Ummi terlihat seorang bayi yang pada perkiraan Ummi sekitar dua bulan usianya. Hati ini meronta-ronta ingin memegang dan menciumnya. Tika doa dibaca usai mendirikan solat (yang mana tatkala doa dibaca airmata tumpah merindui anakanda yang seusia dengan bayi yang Ummi nampak).
Doa selesai dibaca oleh imam. Makmum bersalam-salaman sesama mereka.
"Assalamualaikum akak, boleh saya minta izin dukung dan cium anak akak?" soal Ummi pada seorang wanita yang Ummi kira lebih tua dari Ummi.
"Boleh adik, " jawabnya.
Ummi teragak-agak dan takut-takut ingin mendukung bayi perempuan tersebut. Namun, naluri keibuan mengatasi segalanya. Ummi berjaya memegang walaupun Ummi tidak tahu betul atau tidak cara Ummi memegang bayi perempuan tersebut.
"Berapa usia bayi ini dan siapakah namanya akak?" soal Ummi pada akak yang baru sahaja Ummi kenali.
"2 bulan lebih. Lahir pada 27 November 2014. Nurul Iman namanya,"tutur akak tersebut pada Ummi. Lembut bicaranya seperti lembut wajahnya dan anaknya, Nurul Iman.
"Maafkan saya akak. Saya teringat pada arwah anak saya yang meninggal pada 7 Disember yang lalu," kata Ummi tanpa dipinta. Setitis airmata Ummi kesat dengan pantas.
Setelah sekali cium dan pegang Nurul Iman, Ummi terus menyerahkan kembali kepada ibunya. Tentu sekali Nurul Iman lebih selesa berada di pangkuan ibunya berbanding Ummi yang langsung tiada kaitan.
Sempat Ummi bertanya nama ibu Nurul Iman. Nadiah namanya. Seorang pelajar Master jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Sekali imbas tidak akan menyangka akak ini mengambil jurusan tersebut. Jurusan yang mana rata-rata dipelopori oleh kaum Adam.
Anakanda Shauqi,
Dua bulan sudah Ummi dan Abi melalui kehidupan tanpa anakanda di sisi
Bukan mudah untuk Ummi dan Abi hadapi hari-hari yang berlalu
Terutamanya Ummi
Berkali-kali Ummi goyah dan kalah bila mana airmata Ummi tumpah
Melihat bayi-bayi yang comel dan bersih lagi suci
Cepat-cepat Ummi palingkan muka Ummi dari mereka
Ummi pernah menangis di bahu Opah
Opah tenangkan Ummi
"Najat, nak masuk syurga senang ke susah?" soal Opah kepada Ummi.
"Susah."
"Najat kan dah ada kunci untuk ke syurga. Shauqi kan sudah menanti Ummi dan Abi nya di sana. Kenapa nak sedih. Najat anak Mama kan kuat orangnya," pujuk Opah lagi menenangkan hati Ummi.
"Najat tak kuat Mama. Najat tak kuat. Semua nampak Najat seolah-olah kuat. Ini di depan orang yang melihat Najat seolah-olah kuat. Najat redha mama. Najat redha kehilangan Shauqi tatkala usianya 9 bulan. Tapi Mama, kenapa Najat yang Allah pilih untuk ujian ini?" kata Ummi pada Opah sambil berlinangan airmata.
"Sabar Najat. Anak Mama yang Mama kenal kan seorang yang sabar," lembut tutur bicara Opah kepada Ummi.
Ummi masih ingat lagi anakanda Shauqi, tatkala Ummi melahirkan dirimu secara normal dek kerana Ummi tidak boleh melahirkan dirimu secara pembedahan. Jika pembedahan dipilih, akan membahayakan nyawa Ummi kerana pendarahan mungkin berlaku dan tidak dapat dihentikan.
"Puan, tolong sahkan jantina anak puan," pinta seorang Doktor mungkin.
"Lelaki."
"Puan, kami ingin jalankan bedah siasat ke atas anak puan," sekali lagi Doktor yang sama bersuara.
"Saya tidak benarkan."
Lemah Ummi bersuara dan selepas itu Ummi terus tidak sedarkan diri.
Apa yang Ummi ingat lagi anakanda Shauqi, tatkala Ummi dan Abi diarahkan untuk terus ke hospital sejurus melakukan checkup bulana di Klinik Bersalin An-Nur Seksyen 6, hampir 5 jam Ummi dan Abi menunggu sebelum dirawat oleh Doktor yang bertugas.
Ummi yang dalam keadaan lemah, yang hanya mereka ingat adalah demam biasa dan bukan lagi masanya untuk melahirkan dibiarkan sepi menanti. Abi mengajak Ummi menunaikan solat Isya' sebelum sambung menunggu.
Setianya Ummi dan Abi menunggu giliran. Hinggalah tinggal 1 lagi nombor kami sebelum dipanggil, Abi hampir hilang sabar bila mana melihatkan keadaan Ummi yang semakin lemah. Terus kami dipanggil masuk oleh Doktor yang bertugas. Namun telinga Abi sempat menangkap kata-kata Doktor perempuan tersebut,
"Nak kena rawat perempuan pregnant nie ke pulak."
Mungkin dia bengang atau apa kerana waktu tugasannya hampir habis tapi masih ada lagi pesakit yang menanti.
Ya. Ummi mungkin pesakitnya yang terakhir pada waktu itu untuk jamnya bertugas.
Anakanda Shauqi,
Setakat ini dulu luahan hati Ummi yang amat merindui dirimu. Tiada yang dapat menggantikan tempat anakanda di hati Ummi dan Abi. Walaupun sekadar mampu melihat jantina dirimu, Ummi redha akan qada' dan qadar Illahi.
Salam sayang,
Ummi
1.07 pagi

23 January 2015
BMM Perlukan Rawatan
Assalamualaikum...
Ke hadapan semua pembaca yang disayangi,
Alhamdulillah aku telah pun selamat lepas daripada tempoh berpantang 44 hari pada hari Selasa 20 Januari 2015. Sepanjang tempoh berpantang rasanya aku adalah insan paling degil dan tidak mendengar kata.
Walaupun tempoh berpantang 44 hari telah pun tamat aku masih teruskan pantang hingga 100 hari untuk memastikan badan aku betul2 kuat. Aku akan mula bekerja dan melapor diri di SRA Seksyen 3 pada 9 Februari 2015, Isnin.
Berbalik pada tajuk asal kita. Aigoo, jauh sungguh kita melalut. Patutnya aku adakan satu entry tentang berpantang dan bersalin yang aku alami sendiri. Hubby aku kata aku tulis syok sendiri. Takde structure langsung.
Nampak gayanya saya kena mula belajar balik cara membuat karangan yang bagus. Hihi. Ada pengenalan, ada isi dan ada kesimpulan. Suka hati aku la nak tulis macam mana pun. Hubby aku jeles la tue. Ngee. Ampunkan saya wahai Encik Hubby. :p
BMM perlukan rawatan susulan. Ini pun dah tertangguh dek belum gaji. Duit simpanan aku habis tatkala aku berpantang hari tu. Tanpa sedar banyak duit yang digunakan sekiranya kita berpantang.
Sekarang aku berada di Intan Matang Service Centre di Seksyen 25. Setelah 2 kali aku service di Auto Shared Service Centre aku beralih arah setelah ramai yang recommend tentang tempat servis ini.
Alhamdulillah setakat aku servis di sini (Walhal ini kali ke-2) aku berpuas hati walaupun ramai. Bukan apa, di tempat servis sebelum nie aku semacam serik kerana ada tanda kenangan yang aku dapat di badan BMM kesayangan yang dibeli hasil titik peluh aku bekerja.
Nur: Ada kala kita gembira, ada kala kita berduka. Hakikatnya Allah mahu kita melihat dunia yang luas ini dengan hati terbuka dan minda yang sihat.
"Ya Allah, aku memohon kesihatan yang baik bagi tubuh badanku dan fikiranku."

13 January 2015
Aku Isterinya Part 3
Assalamualaikum...
Ke hadapan pembaca yang budiman.
Menyambung kembali perkenalan aku dengan encik hubby. Siapa yang kenal aku tatkala di zaman universiti tahu akan kelantangan aku bersuara. Dan sikap itu amat sukar diubah. Ini kerana aku seorang yang berani menyuarakan pendapat aku yang aku rasakan benar dan relevan.
Aku jenis yang berani menanggung risiko. Pendek kata aku tidak tahu erti takut. Tapi bukan bermakna aku langsung tidak takut. Ada hal yang aku takut untuk mengambik keputusan. Aku masih ingat tatkala aku di alam universiti, terjaga di tengah malam hari aku perlahan-lahan membentangkan sejadah merah hati kesayangan aku yang dihadiahi oleh kedua orang tuaku itu.
Menadah tangan dan sujud memohon petunjuk di sepertiga malam. Aku insan yang lemah memohon keampunan daripada Sang Pencipta. Memohon agar dipertemukan jodoh yang baik.
Aku pernah bermimpi beberapa hari berikutnya namun mimpi itu tidak jelas. Ya. Bersabarlah dan teruskan pengajianmu Najat. Aku masih ingat tentang sekembalinya aku daripada umrah, ujian yang sama Allah timpakan pada aku. Demam panas yang panjang dan kemudian warded selama hampir seminggu juga.
Kisah yang berulang kali menyebabkan aku amat benci akan sejarah. Siapa kata sejarah tidak mungkin berulang? Siapakah kamu untuk berkata sedemikian. Hatta di dalam Al-Quran juga Allah ada menyebut tentang ini.
P/s: Mulailah fahami diriku ini. Daku akan cuba memahami dirimu perlahan-lahan. Leraikan sengketa lama.

Subscribe to:
Posts (Atom)