05 November 2010

Warkah Rindu Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan kau yang sentiasa dalam ingatan,

Apa khabar kau di sana? Merantau jauh ke negara orang, demi menimba sebuah kehidupan. Aku di sini baik-baik dah sihat sentiasa. Sudah lama bukan kita tak berutus khabar? Kau di sana menyepi tanpa khabar. Aku di sini menanti penuh sabar. Dengarnya kau telahpun selamat bergelar seorang graduan. Oh! Iri sungguh hati ini melihat dirimu memakai topi empat segi itu.

Sebut tentang topi empat segi itu, mahu tahu tidak kenapa graduan-graduan layaknya memakai topi empat segi itu? Kata profesorku pemikiran mereka masih di dalam kotak. Lawak betul kata-kata beliau. Tambah beliau lagi, jika dilihat, profesor-profesor semuanya memakai topi yang bulat. Apa ertinya itu? Hah! Apa lagi, kau fikirkan sendiri jawapannya.

Oh ya! Pastinya kau terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak diundang ini bukan? Jangan gusar. Aku mengutusnya hanya untuk bertanya khabar. Hairan aku tiba-tiba putus berita darimu. Mungkin sibuk barangkali berada di tahun akhir. Sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang menanti waktu untuk dibentang. Tidak mengapa. Aku faham akan situasi tersebut kerana saat ini aku jua sepertimu suatu masa lalu. Sedar tak sedar, dah lama bukan kita meninggalkan zaman hingusan kita. Rindu. Sungguh aku rindu masa itu.

Hmm. Nampaknya aku terpaksa menoktahkan di sini warkah ini. Ikutkan rasa hati yang menggunung ini, berkajang-kajang banyaknya mampu aku karang. Namun, aku faham akan kesibukanmu kini, cukuplah sekadar mengutus bertanya khabar. Jika sudi, seperti pantun-pantun lalu. Zaman masih sibuk berutus surat dan kad, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Tambah lagi satu. Sorong papan tarik papan, sudah baca harap simpan.

Sampai bertemu lagi dalam warkah berikutnya. Jaga diri ya. 


Salam rindu dari jauh,

Nur Qistina
10.00PM
Kamar sepi nan indah

2 comments:

CIK TOM said...

pada siapa entry ni qis??
someone special ;)

Nur Qistina said...

cik tom: agaga...kenangan..hehe..someone yang tak berapa nak one..=p