08 April 2012

Cerita Jalan2 Hujung Minggu. Yay!

Bismillahirrahmanirrahim...

Yay! Weekend dah abes dan esok keje. Saya suka kerja saya kerana saya gigih bekerja. Wah! Ada gaya pekerja cemerlang gitu. Ops. Kerjaku ibadahku. Kerjaku tanggungjawabku. Kerjaku amanahku. Beraaaaat sekali. Berat mata yang memandang. Berat lagi bahu yang memikul.

Err, spoil my weekend mood bila ingat kerja. But. I do love my work. Ekeke. 

Sabtu lepas makan tengahari mulanya abah plan nak balik jenguk Tok Perak kat Hutan Melintang. Sudahnya tak jadi tiba-tiba. Pastu abes solat Zohor kat Masjid Negeri Shah Alam, abah tanya nak pie mana. Sudahnya mama buka mulut kata nak pie KL. Whoa.... Shopping! Ngee~ Gaya jutawan [Amin. Moga menjadi nyata suatu hari nanti] nak pie membeli-belah dengan jayanya. Padahal tak pun. Saja nak lebih2..=p

Sampai je sana abah drop aku, mama, dan yah. Abah pickup after solat Asar. 2 hours to go.  Girls outing! Haha. Syok woo.. Mama plan nak beli tudung wat bisnes kecil-kecilan. Kakak ipar aku tolong jualkan kat cikgu2 sekolah dia. Jual suka-suka je. Sebab hari tu aku ada cakap kat mama pasal kedai yang aku amek tudung tu, then kami pun singgah sebentar. Tawar-menawar dan pilih. Out of sudden aku cakap kat mama, kita pie survey lagi kot2 dapat pattern lagi cun. Mama setuju.

Sampai je satu kedai aku semacam jatuh hati la pulak ngan tudung kat situ. Psst. Tudung polka dot! Haha. Sejak bila pulak la kan.=p Then, mama pun macam puas hati dengan tawaran tuan kedai. Mula-mula dia bagi harga sekian2. Pastu dia bagi lagi harga yang super-duper awesome yang membuatkan aku teruja sama untuk sambar dua tiga helai. Err, tiba2 aku yang ter'shopping'. Walhal aku bukanlah jenis yang suka sangat membeli-belah ni. Takpelah sesekali je. Bukannya selalu. Bila lagi nak manjakan diri kan?

Usai membeli-belah di KL, tetiba abah ajak pie makan kat Jeram. Ikan Bakar! Here we go. Hoho. Sakan jalan hari ni.  Sampai je, meja penuh. Then hujan. Hujan rahmat. Tak lama pastu, rezeki menyebelahi kami. Duduk dengan tenang. Tiba2 dari jauh aku macam nampak orang dok perisi ikan daripada jala. Oh! Ini yang nak pie tengok. Teruja jap. Bukan senang. Then, secara tiba-tiba mama dan abah yang potong line. Takpe lah. Kami [aku dan yah] jadi jaga sat. Tukang jaga meja. Pas mama balik terus kami pie tengok. 

Dalam masa yang sama aku nampak ada sebuah bot yang nak pie hantar orang ke sebuah pulau kecil tak berapa jauh dari situ. Apa  nama pulau tu aku tak ingat. Pakcik yang dok perisi ikan tu ada gak cakap. Yang lucunya pakcik yang nak nganto depa ke sana siap pakai helmet lagi. Prevention agaknya. Ngee.

Tak lama pastu hujan. Makan. Selesai makan. Balik. Yay! Habis dah hari Sabtu. 

Ahad pulak, aku pie kenduri kawen senior UIA. Dekat area Rantau Panjang. Syok woo. Makan memang besh! Hehe. Siap ada ABC lagi. I loike. Masa sebelum pie singgah sat The Store pie beli hadiah. Wooo. Masa nak bayar kena beratur panjang dan lama sangat [20 min je pun..=p] sebab sistem cashier depa down. Manually issue resit and tekan pakai kalkulator besar tu. First time woo pie pasaraya jadi gini.

Sambung balik cerita kenduri tadi. Ada dua pasangan rupanya. Aku kurang periksa samada adik lelaki atau adik perempuan senior aku langsung sekali. Bagus! Jimat kos dan tenaga. Balik pada makan nasi kenduri, kami singgah sat pie minum air kelapa.  Sorang sebiji. Hamek ko! Banyak wooo. Kembung sat perut ceq dok perabih ayaq kelapa nun. Mujur ada space lagi. RM2.80 sebiji. Okaylah. Puas minum.

Pastu balik rumah. Dan berehat dengan jayanya. Yay! I love my weekend. 

Sekian. Err nak letak picture ayaq kelapa tu la. Jeng. Jeng. Jeng.

"Syok woo, minum air kelapa," kata Amim.


Ini bahagian saya. Amacam?! Mau sama tak? Ngee~ Mai secawan. Cawankah? =p


Nur: Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan pada kami. ^__^

No comments: