Bismillahirrahmanirrahim...
Oh! My day was soooo lovely. I'm thinking that today is Monday full with blues. Ahaha. Bermula di awal pagi lagi aku telah di'duga'. Ececeh! Gaya berat je sangat dugaan tu la kan. Mana taknya, biasa kalau paling-paling bila bas dah lepas [boleh je tunggu next bas pun] abah akan pie takat ke Hentian Bandar je. Itupun baru sekali.
Hari ini buat pertama kalinya abah drop aku kat tepi Federal Highway. Memang takdak rezeki aku nak naik bus jam 6.45 pagi seperti kebiasaannya. Waaa. T_T Sudahnya tertoleh-toleh la aku menanti kehadiran bas U80. Silap aku tak cakap kat abah 'Biarlah bas yang dah lepas, tunggu next bas je la'. Ini namanya pengalaman.
Banyak memang saaaaangat la banyak bas yang lalu-lalang kat situ. Tapi, takdak satu bas pun yang aku benar-benar yakin nak naik. Karang dibuatnya aku menyimpang dari laluan biasa, tambah lagi satu perkara pertama kali yang aku lalui. Namo. Namo. SERIK dah. Sob. Sob. Sob.
Jammed hari ni memang sangat luarbiasa. Ke biasa je eh? Hehe. Aku tak tahu pasai dok naik bas je aku terus pejam mata. Berehat la katakan. Sampai ofis tak boleh tidoq dah. Jadi, gunakan masa dengan sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah. TIDUR! Ngee~
Biasa aku akan turun kat LRT Bangsar sebab dekat sikit menapak. Sampai je terus daki anak tangga menuju ke stesen. Tapi, hari ni aku turun kat PJ Hilton menapak sikit ke LRT Asia Jaya dek masa yang semakin suntuk. Jalan macam lipas kudung kejar masa. [Naik roller blade pun best gak kan? =p] Walhal boleh dikatakan masih awal lagi. 7.50 pagi. Kalau aku berhenti kat LRT Bangsar akan rugi 15-20 minit yang mana aku boleh sampai ofis dah dengan tempoh masa itu.
Hari ni juga tak sempat pie beli sarapan. Walhal sempat je. Takpelah, diet sesekali. Malam semalam pun aku tak makan nasi. Wah! Kering la aku lepas ni. Sampai ofis sekitar jam 8.21 pagi. Awal lagi kan? Ngee.
Mulakan kerja dengan bersemangat waja. Yay! Bismillah. Sedar tak sedar 'Eh! Pukul 11.00 pagi dah?' Cepatnya masa berlalu. Monday is always BLUES. After lunch I continue doing my work. Work. Work. And work. I love my WORK!
Kadang geram jugak aku dengan network yang slow menyebabkan PC aku beberapa kali hang. T_T Sabar. Pie refresh dulu ngan solat Zohor. Alhamdulillah. Sedikit lega dan tenang.
Hari ni saja memang aku rasa amat 'geram' dengan user aku. Manakan tidak, janji tinggal janji. Peluang dah dua tiga kali. Pasni aku tak kira, aku tak dapat jugak sign off, aku blacklist nama dia. Kejam tak? Hahaha. *evil laugh* Sendiri mahu fahamlah kan. Follow up hari-hari dah. Namun, sehelai kertas yang dinanti itu tidak jua kunjung tiba.
5.45 petang
'We all balik dulu ya.'
Salah seorang daripada teman kerjaku mengucapkan selamat tinggal. Dan aku masih setia disitu dek kerana hujan yang turun bagai tiada hentinya. Nak balik tapi kat luar hujan kat dalam hati aku pun turut sama hujan. Hajat di hati nak pulang on time, cuaca di luar tidak mengizinkan. Teruslah aku setia meneruskan kerjaku. Gigih la kononnya tu. =p
Hampir 6.45 petang baru aku meninggalkan bangunan setinggi 49 tingkat itu. Setibanya aku di KL Sentral, tren ke Pelabuhan Klang masih belum tiba. Ini rezeki namanya. Alhamdulillah. Sampai kat Platform 5, ramainya orang. Apa dah jadi? Ini luar dari kebiasaan.
Tak lama lepas tu kedengaran satu pengumuman:
"Tren ini akan meneruskan perjalanan hingga ke stesen Shah Alam sahaja.
Disebabkan kegagalan sistem bekalan, perjalanan dari Padang Jawa ke
Pelabuhan Klang tidak dapat diteruskan dan dijangka pulih pada jam 8.30
malam."
Mujur aku tak terlibat sama. Sebab aku turun kat Shah Alam. Alhamdulillah.
Ok done. Sampai rumah sekitar 8.20 malam. Sempat aku kejar Maghrib. Biasanya naik KTM pukul 7.06 malam dalam 7.50 malam sampai Shah Alam dah. Ini lewat dari kebiasaan. Sekali lagi , PERTAMA kali.
Malamnya makan ABC. Yay. Yummy. Aku share dengan adik aku. Sudahnya, habis je aku gosok baju dah tinggal suku. Waaaa. T_T Orang pesan jangan habiskan. Dia pie makan sampai dah nak habis. Sob. Sob. Sob. Ganti balik!
Pastu buka muka buku. Tetiba kawan STEADFAST aku, Zana cakap yang dia dengan Zahra berjaya dalam interview tu. Waaaah! Double happiness. Congrates kawan-kawan. Selamat datang ke alam pekerjaan yang saaaaangat seronok! =p
Nur: So close yet far away. Wish you were here.
No comments:
Post a Comment