20 April 2012

Indahnya Hidup

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Finally its Friday again. Boleh berehat dengan tenangnya di hujung minggu. Dan hadiri kenduri kahwin lagi dan lagi. Err. Not for this week I think. Minggu ni agendanya belum diatur. Namun, besar kemungkinan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan STEADFAST UIA dan gosip! Yay. I loike this much. =p

Hari ni pergi kerja hujan. Balik kerja hujan. Sat lagi masuk tidoq pun kot hujan lagi. Syukur. Kadangkala bumi yang ketandusan dan kering-kontang ini jua perlukan hujan. Hujan yang membasahi bumi mampu menyuburkan tanaman dan hasilnya menjadi salah satu sumber makanan pada manusia. Rezeki Allah itu luas. Siapa yang berusaha pasti menuai hasilnya. Janji Allah itu pasti.

Kat ofis tadi ada buat acara makan-makan. Yay! I LOVE eating. Bertambah seronok bola makan ramai-ramai. Natijahnya makannya pun berganda dari biasa. Tidak mengapalah, sesekali meraikan apa salahnya kan? 

Lately rasa macam terlebih masa pulak nak update entry kat teratak sepi ni. Tumpang dok ada semangat la kan. Idak dok asyik cerita kisah airmata dak? Aigoo. Namo sedih-sedih ya. Kita masih punya banyak sebab untuk terus tersenyum pada dunia. Mana tahu mungkin dengan senyuman yang terukir indah itu mampu membuatkan hati insan di sekeliling kita gembira. Tak happy gitu? ^^,

Esok after ofis hour cadangnya nak pie jalan-jalan sat. Buat terapi minda sekejap. Kira acilah kan? Dok asyik menghadap kerja yang bertimbun kat ofis yang sememangnya takkan pernah habis itu. Sesekali meraikan diri sendiri apa salahnya. Rasanya macam nak proceed dengan hajat tertangguh untuk beli kasut kerja baru. Nak cari yang lebih elok dan tahan lama. Siapa nak jadi my advisor? Angkat tangan!

Pssst, aku ada satu cerita nak bagitau. Tapi, macam tak sesuai je nak bagitau kat sini. Segan je rasanya. *blushing*  Nanti je lah ya aku bagitau kan. Alaaaa. Boleh la. Yay! Terima kasih kerana memahami. Sayang korang! <3

To whom it may concern
Selamat kembali. Ececeh! Gaya macam pergi jauh sangat-sangat kan. Moga sepanjang kembara di sana dahulu lebih mematangkan dirimu.

Dalam terang aku sembunyi
Dalam sepi aku menanti
Dalam diam aku mencari
Dan akhirnya aku mengerti


Let's continue our reading. Al-Baqarah: 238

Nur: Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Hujan seringkali mencurah-curah. Penantian ini membuatkan ku pasrah.


No comments: