05 April 2012

A Year To Remember

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik. Pejam celik. Setahun sudah berlalu. Hari ini, genap setahun aku berkhidmat di sana. Seperti tidak percaya. Pelbagai onak duri telahpun kulalui sepanjang setahun tempoh perkhidmatanku.

Mengimbau kembali kenangan diinterview, kena jawab soalan bertulis, kena speaking berabuk sampai tergeliat lidah aku, peristiwa tayar kereta kawan yang menemani aku ketika sesi interview dikempiskan secara sengaja oleh manusia yang tidak berhati perut dan gembira melihat kesusahan orang lain. Peristiwa checkup tak jadi. Oh! Kenangan sungguh.

Banyak yang aku pelajari selama tempoh setahun ini. Alhamdulillah, I have make it. Without all of your supports, family, friends, and people around me, I won't survive because I'm never walk alone. Thank you with hugs to my beloved mama and abah those who always listen to my story. Everyday updating, bla..bla..bla.. Up and down. Up. Down. 

Nasihat mereka, pujukan mereka, memberi kekuatan dan membakar semangat aku untuk berdepan dengan situasi tersebut. Without all of you, I really can't make it. Belum kira berapa banyak airmata yang tumpah. Belum kira berapa banyak hari yang dilalui dengan kesedihan. Dan macam-macam lagi bilamana dikira mungkin tidak terkira.

Alhamdulillah, puji-pujian layaknya bagiMu Ya Allah. Tanpa kekuatan dan semangat yang Kau berikan, tidak mungkin aku berjaya melalui tempoh setahun ini. Turun naik bas. Turun naik LRT. Turun naik KTM. LRT tergendala. KTM tergendala. Rosak. Tukar KTM dan LRT. Dengan setahun yang aku lalui ini menjadikan sebuah memori dan kenangan yang amat berharga dalam membentuk jati diriku. 

Setahun
Bukan tempoh yang mudah
Bukan tempoh yang sekejap
Pelbagai kemungkinan berlaku
Pelbagai dugaan mendatang
Semuanya mesti dihadapi dengan setenang mungkin
Alhamdulillah atas kekuatan dan semangat yang diberikan
Terima kasih atas sokongan semua
Jasa kalian amat kuhargai




Nur: A year to remember. A walk to remember. Full with memories.

No comments: