24 April 2012

Sejuk Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang-petang sikit kat ofis tadi dok layan dengar radio. Tup. Tup keluar lagu 'Milik Siapakah Gadis Ini'. Jom layan lagu ni buat hilang STRESS sementara. Ececeh! Stress la sangat kan. Walhal kejenya dok ber'foya2' je. 

Err..takde mengena pun intro dengan hujan panas ni kan. Weee~ Hari ni panas yang amat terik di bumi Kuala Lumpur. Moga hujan kan turun di bumi Shah Alam di pagi dinihari ini.

Moga turunnya hujan tatkala umat manusia enak diulit mimpi mampu menyejukkan hati yang penuh dengan 'amarah' yang tak henti-henti itu. Allahu Allah, ampunkan hati-hati yang sering terjebak dalam kemarahan dan hasutan syaitan ini.

Astaghfirullahalazim..

Mudah-mudahan Allah melembutkan hati-hati kita agar sentiasa berada dalam ketaatan padaNya. Tiba-tiba teringat kuliah Maghrib yang sempat aku join usai menunaikan solat Maghrib di surau Seksyen 3. 

Intipatinya aku kongsikan esok yach! InsyaAllah. 




Jauh perjalanan telahku jelajahi 
Membawa seribu impian berbekal pengalaman 
Mampukah aku melangkah menuju satu daerah 
Masihkah ada sinar yang menanti 

Masa dijanji pasti tiba, ku kan dijemput ke sana 
Bimbang langkahku terhenti, ku terpaut dipersimpangan 
Tak inginku mengingati detik hitam semalam 
Tinggallah semua menjadi kenangan 

Kerana-Mu kan kugagahi 
Untuk terus sisa hidup ini 
Biar ku tebus segala dosa 
Selagi jasad bernyawa 

Leraikanlah resah hatiku 
Padaku hanya Engkau yang Satu 
Belum pernah ku terasa 
Hebatnya cinta-Mu 

Sesungguhnya Engkau mengerti 
Apa tersirat di dalam diri 
Ku pohon rasa 
Kasih yang abadi 

Jujur ikhlaskan diri ini 
Menyintai-Mu sepenuh hati 
Ataukah sekadar bila diuji 
Rahmat dan kasih-Mu tiada sempadan 
Biarpun jiwa dalam kelalaian 
Dihasut dengan pelbagai godaan 





Nur:  Hati yang membara disirami zikrullah kembali damai.

No comments: