23 April 2012

Mix Feeling

Bismillahirrahmanirrahim...

Long time no see ya. Hmm. My 'soul' just like macam 'fly' away. Suddenly I feel like hate this 'feeling'. Again and again happened. Please let me feel calm in my our way. Oh! Sila abaikan gaya bahasa aku yang tunggang terbalik. Ada hati nak speaking berabuk walhal sepatah pun tak betul. Haila.

Week end very soooon. Tidak sempat nak menarik nafas dengan lebih dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Hectic weekend I think. Too busy? Not really but yes it was like busy. Hmmm...

Sabtu,

Mama kena hadir ke sekolah ganti. Usai abah hantar mama ke sekolah, around 1.10 p.m., abah call rumah dan suruh kami bersiap-siap. Alang-alang dah hampir waktu Zohor, we drop by kat surau yang berdekatan. Selesai Solat Zohor, kami pie PKNS Shah Alam coz aku cakap kat abah nak buat speck baru. Suddenly aku rasa macam daya penglihatan tak berapa nak sharp. Sebelum pie kedai speck, singgah makan nasi lemak best kat kompleks ni. Sri Geylang namanya. Kat 2nd floor. 

Gendang-gendut tali kecapi kenyang perut bantal dok menari-nari. Ups! Bukan waktu tidur lagi ya. Pie la singgah sat kat kedai speck Pak Cik Hasan. Nasib tak menyebelahi aku, optometrist tak dak which means tak boleh nak buat speck. Okay fine. 

Then, tiba2 abah cakap pie Menara Optometry kat PAS (Plaza Alam Sentral) On! Sampai je sana pie kedai Menara. Aku rasa agak lama family aku tak pie wat speck kat sana. Almost 7 years kot. Bila orang kat situ check record then baru aku tahu betapa lamanya tak jejak kaki wat speck dan ushar2 pattern baru speck.

Alkisahnya aku memang sudah aim nak wat new speck, tup tup after checkup my silau sudah naik! Waaaa. Even power maintain but silau naik is not a good sign. T___T Gara-gara wat keje kat ofis yang memang hari-hari hadap PC membuatkan mata aku @,@. SEDIH ......

Takpelah, ini tandanya aku kena lebih mengambil berat akan kesihatan mata aku. Redha dalam pasrah.

Finish about isu SPECK + MATA.

Hari Ahadnya pulak,

Alkisah aku pie gigih menjoggingkan diri di Taman Tasik Shah Alam. Sambil menyelam minum air. Kot-kot boleh main kenyit2 mata kat mamat-mamat yang bercita-cita nak mengetoughkan diri mereka.UPS! Ni dah bukan gaya aku dah ni. Hehe.

Alkisah benarnya aku dok teman adik se-U aku yang aku kenal dalam PGG. (Personal Growth Group) Almost 2 rounds and to be exact memang 2 round pun. Oh! Aku berjaya menurunkan sebanyak 4 kilo okay. Ini bukan propa tapi ini benar dan kenyataan yang penuh dengan kepalsuan semata. Ngee~

Kononnya nak buat 3 pusingan namun dek kerana keadaan kasut adik se-U PGG aku dah tercabut tapaknya, hasratnya dibatalkan. Then, kami pie PAS coz dia nak baiki kasut dari bunyik ketak-ketuk yang menarik perhatian segenap inci masyarakat di ofisnya. Cool apa kan? Hah! Maka kerana itulah aku kurang gemar memakai heels ditambah pula dengan komen mama aku yang mana nantinya aku terlampau me'langit tinggi. 

Habis je aku jogging dan jalan dengan laju, sampai umah tup-tup abah cakap nak pie balik keratong. Kata mama, Wan tak sihat. Awalnya aku menolak ajakan untuk ikut disebabkan ada plan dengan kawan-kawan STEADFAST UIA.

Namun dek kata-kata abah 'Tumpang Wan kamu masih dok ingat dan sedar lagi ni la kamu jumpa Wan'. Aku tersentap dan terus aku taip mesej 'Salam, alls. I can't make it today. Ada emergency. Balik kampung. Atok saya tak sihat. Doakan dan kirim salam pada yang lain'.

Kami gerak dari Shah Alam usai menunaikan Solat Zohor. Sempat Asar berjama'ah di Masjid tepi jalan Kuala Pilah. Lepas tu, singgah makan kat Batu Kikir dan tiba di Keratong 2 sekitar jam 6.30 petang.

Sampai2 je adik aku, Amim terus bagi salam. Aku mengintai di celahan pintu, nampak Tok (nenek) menuju ke pintu utama untuk dibuka. 

'Ya Allah,' kata Tok.
'Awat yang hampa dok baliknya ni. Kan Tok habaq toksah balik. Esok keja lagi. Sekolah lagi.'

'Rileks la Tok, bukan jauh mana pun. Bukan kat US.' Kata aku dan adikku yang lain sambil tersenyum.

Tak lama pastu dok dengar Wan panggil Tok. 

Abah membuat isyarat mata menyuruh aku menurut mama. Aku mengikut langkah mama ke bilik yang Wan huni. Lemah terbaring di atas katil. Aku sebak. Perlahan-lahan aku melarikan diri di sudut hujung rumah Tok. Setitis airmataku tumpah. Benar. Aku memang tidak kuat menghadapinya. Dek kerana itu aku tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang Doktor Perubatan.

Tidak lama lepas tu, aku masuk semula ke bilik Wan. Alhamdulillah. Wan masih boleh bercerita seperti biasa. Seperti Wan yang aku kenal. Fizikalnya tampak tidak bermaya. Namun, semangatnya kuat. 

Azan Maghrib kedengaran. Abah mengajak adik-adikku yang lelaki ke masjid berhampiran menunaikan solat Maghrib. Aku, Mama dan Yah serta Tok, setia di sisi Wan. Tak lama lepas tu aku meminta diri untuk bersolat sebentar. 

Dalam doaku, aku menitipkan agar Allah meringankan beban Wan dan menyembuhkan kesakitan yang dihadapinya. Moga Wan kembali sembuh. 

Sebelum abah ke masjid, sempat mama berpesan agar abah membelikan sesuatu untuk Wan makan. Dengan keadaan tidak bermaya dan beberapa hari tidak makan dan cuma meneguk air sahaja, sekuat mana kudrat yang Wan ada. 

Kata mama, alhamdulillah Wan jamah juga roti canai yang abah beli barang 3 suap. Sekurang-kurangnya Wan makan walau sedikit. Usai azan Isya', hampir jam 9.00 malam perlahan-lahan kami sekeluarga beransur pulang. 

Seorang demi seorang adik-adikku menyalami Wan. Tiba giliran aku, Wan tanya aku 'Najat masih kerja lagi kan?'Aku mengiakan. Wan berpesan 'Kerja elok-elok.' Ketika aku menyalami Wan, sempat aku mencium kedua belah pipinya. 'Moga Wan cepat sembuh' bisikku dalam hati.

'Ya Allah sembuhkanlah Wan'.




Let's continue our reading, Al-Imran: 10






Nur: Kadangkala Allah menguji hambaNya untuk melihat sejauhmana mereka mengingatiNya. 

No comments: