Bismillahirrahmanirrahim...
Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ
لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ
لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ
مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”.
Dalam ayat ini,Allah meletakkan dua cara, iaitu sama ada َالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik atau وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Hikmahnya untuk kita sama-sama berfikir, tidak semestinya lelaki yang memilih perempuan, bahkan perempuan juga dibenarkan memilih lelaki sebagai pasangan hidupnya, yang mana diikhlaskan dan disucikan melalui istikharah, memohon petunjuk keputusan terbaik dariNYA, bukan semata-mata dari pandangan kita yang pasti banyak khilafnya dek kerana maksiat dan dosa kita.
Wallahu’alam.
Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman!~
Usaha perlu ditingkatkan, istikharah perlu diteruskan, tawakkal perlu digandingkan, agar lengkap satu kewajipan, diri kita sebagai orang yang beriman!~
Sumber
Melayari
satu demi satu artikel secara tiba-tiba membuatkan aku ingin
mencoretkan sesuatu. 3 tahun lalu . Genap usiaku 21 tahun, ucapan yang
aku terima daripada abah benar-benar membuatkan aku tersentak dan
terdiam.
Ogos 2009
"Assalamualaikum," abah memberi salam.
"Wa'alaikumussalam. Najat dalam kelas tadi abah. Tak boleh nak jawab phone."
"Ok. Selamat hari tua. Dah tua dah. And dah boleh ****** .."Usik abah padaku.
"Abah ni. Najat muda lagi la." Cepat-cepat aku memotong kata abahku.
"Ni mama nak cakap."
"Assalamualaikum. Apa khabar mama?"
"Wa'alaikumussalam. Sihat, Alhamdulillah. Selamat hari lahir."
"Terima kasih mama."
Itu cerita 3 tahun dulu. Ini cerita sekarang.
Entah macam mana tiba-tiba abah mula membuka mulut bersuara sekaligus bakal menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang wali.
' Satu tahun lagi. Otherwise you've to accept our choice'
Sekali
lagi aku tersentak. Ya. Aku memang takkan boleh lari daripada kenyataan
ini. Usia makin bertambah. Perjalanan hidup harus disempurnakan. Bukan
melawan fitrah bukan jua menolak. Namun, semuanya kerana masa. Mungkin
masa yang tepat itu masih belum tiba.
Mengimbau
kembali kisah sewaktu aku masih bergelar pelajar. Seawal pagi usai abah
menghantar mama dan adik-adik ke sekolah, abah menghantarku pulang ke
Taman Ilmu dan Budi. Waktu itu, adik bawah aku baru sahaja mengikat tali
pertunangan dengan pilihan hati direstui mama dan abah.
"Kamu, kalau ada mana-mana lelaki yang suka kat kamu yang bertanggungjawab bawalah jumpa abah. Boleh abah kenal."
Boleh
katakan berulang-kali abah memesan perkara yang sama. Ligat otak aku
berfikir merencana jawapan yang sesuai dan akhirnya aku biarkan masa
membawa pergi perkara itu.
Soal
itu bukan cuma dibangkitkan oleh abah, mama jua turut bertanya perkara
yang sama. Mati kata aku dibuatnya untuk memberi jawapan yang terbaik
pada soalan demi soalan yang mereka ajukan.
Risau.
Ya
mungkin mereka risau akan masa depan anak perempuan mereka. Jika anak
lelaki, mungkin abah akan kata 'sebab mereka lelaki'. Mereka yang akan
memikul tanggungjawab.
Adik-adik juga tidak lari dari bertanya soalan yang sama. Bila nak kahwin. Sanak-saudara yang lain turut bersuara.
Jawapanku pada mereka, 'Doakan yang terbaik untukku.'
Bukanlah aku ketika zaman belajar dulu seorang yang anti-sosial. Aku jua berpersatuan dan berprogram.
Masih
aku ingat dalam memoriku. Tahun 2008 merupakan tahun yang puncak bagi
diriku. Pelbagai perkara yang berlaku. Akhirnya masuk tahun 2009 aku
memutuskan, mungkin pencarian ini dihentikan buat seketika. Mungkin
sebenarnya aku masih tidak bersedia walaupun aku menginginkannya. STOP.
2009,
2010, 2011, berlalu dengan tenang tanpa gangguan. Perlahan-lahan aku
melepaskan segala-galanya pergi. NOKTAH untuk segalanya.
April 2012
Tatkala
abah dan mama mula membicarakan soal perkahwinan, aku terkedu. Pernah
ada yang mencadangkan agar aku serahkan segalanya pada mereka. Namun,
aku cuba untuk tidak bersuara sebegitu selagi mana aku masih mampu
memilih.
Ya.
Memang aku ada pilihan sendiri seperti mana abang dan adikku. Namun
kerana mereka lelaki adalah lebih besar jalan untuk mereka menyuarakan
pilihan hati mereka.
Serik.
Nur: Pelangi muncul selepas hujan di petang hari...
No comments:
Post a Comment