29 April 2012

Kisah Tiga [Tertangguh]

Bismillahirrahmanirrahim...

Yuhuu...Tetiba saya rajin untuk mengupdate ceritera tentang 3 naskhah buku yang dibelanjakan di MPH Giant Shah Alam tatkala menerima imbuhan yang pertama bagi kaji selidik mengenai pembinaan LebuhRaya Persisiran Pantai Barat itu.

Rujukan: Tiga Minggu Berturut Part 1

Alkisahnya malam itu, tup-tup kami sekeluarga pie jenjalan sat kat Giant. Saya pun apa lagi, mengambil peluang ini untuk shopping buku. Yay! Malam tu 3 naskhah buku aku sambar. Ehem! Awalnya tak cadang pun nak beli sampai 3 buah. Secara tiba-tiba tindakan Super Spontan saya menyebabkan ter'beli' buku-buku tersebut. Ehem. Sampai sekarang tak habis baca pun lagi. Ngee~ Ada yang masih elok terbalut dalam plastik tak dibuka lagi. 

Oh iya! Benarnya cuma 2 buah buku aja yang ter'beli' dong. Satu lagi senaskhah Al-Quran yang comel beserta terjemahan. Awalnya dok pening nak pilih cover warna apa. Memandangkan purple secara tiba-tiba tercantiklah pulak. Setelah ditimbang tolak darab dan bahagi, aku memutuskan untuk ter'beli' warna merah hati ala-ala maroon nak ke coklat. Psssst. I love RED tau. RED Warriors gitue. Err..takde kena-mengena okay.=p


1. Terjemahan Al-Hidayah Al-Qur'an Al Karim
2. Kitab Al-Hikam (Kata-Kata Hikmah Seorang Guru)
3. Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati


Dok rasa-rasa warna Merah kan? Ke Maroon ala-ala coklat? 


Err..Baru baca sikit. Ngee~ Takat m/s 91 daripada 294 m/s 


Haaaa..Yang ni elok terbungkus dalam plastik lagi. =)


Nur: Membaca amalan mulia jua jambatan ilmu. Psssst...saya tokoh NILAM tau...

24 April 2012

Sejuk Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang-petang sikit kat ofis tadi dok layan dengar radio. Tup. Tup keluar lagu 'Milik Siapakah Gadis Ini'. Jom layan lagu ni buat hilang STRESS sementara. Ececeh! Stress la sangat kan. Walhal kejenya dok ber'foya2' je. 

Err..takde mengena pun intro dengan hujan panas ni kan. Weee~ Hari ni panas yang amat terik di bumi Kuala Lumpur. Moga hujan kan turun di bumi Shah Alam di pagi dinihari ini.

Moga turunnya hujan tatkala umat manusia enak diulit mimpi mampu menyejukkan hati yang penuh dengan 'amarah' yang tak henti-henti itu. Allahu Allah, ampunkan hati-hati yang sering terjebak dalam kemarahan dan hasutan syaitan ini.

Astaghfirullahalazim..

Mudah-mudahan Allah melembutkan hati-hati kita agar sentiasa berada dalam ketaatan padaNya. Tiba-tiba teringat kuliah Maghrib yang sempat aku join usai menunaikan solat Maghrib di surau Seksyen 3. 

Intipatinya aku kongsikan esok yach! InsyaAllah. 




Jauh perjalanan telahku jelajahi 
Membawa seribu impian berbekal pengalaman 
Mampukah aku melangkah menuju satu daerah 
Masihkah ada sinar yang menanti 

Masa dijanji pasti tiba, ku kan dijemput ke sana 
Bimbang langkahku terhenti, ku terpaut dipersimpangan 
Tak inginku mengingati detik hitam semalam 
Tinggallah semua menjadi kenangan 

Kerana-Mu kan kugagahi 
Untuk terus sisa hidup ini 
Biar ku tebus segala dosa 
Selagi jasad bernyawa 

Leraikanlah resah hatiku 
Padaku hanya Engkau yang Satu 
Belum pernah ku terasa 
Hebatnya cinta-Mu 

Sesungguhnya Engkau mengerti 
Apa tersirat di dalam diri 
Ku pohon rasa 
Kasih yang abadi 

Jujur ikhlaskan diri ini 
Menyintai-Mu sepenuh hati 
Ataukah sekadar bila diuji 
Rahmat dan kasih-Mu tiada sempadan 
Biarpun jiwa dalam kelalaian 
Dihasut dengan pelbagai godaan 





Nur:  Hati yang membara disirami zikrullah kembali damai.

23 April 2012

Mix Feeling

Bismillahirrahmanirrahim...

Long time no see ya. Hmm. My 'soul' just like macam 'fly' away. Suddenly I feel like hate this 'feeling'. Again and again happened. Please let me feel calm in my our way. Oh! Sila abaikan gaya bahasa aku yang tunggang terbalik. Ada hati nak speaking berabuk walhal sepatah pun tak betul. Haila.

Week end very soooon. Tidak sempat nak menarik nafas dengan lebih dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Hectic weekend I think. Too busy? Not really but yes it was like busy. Hmmm...

Sabtu,

Mama kena hadir ke sekolah ganti. Usai abah hantar mama ke sekolah, around 1.10 p.m., abah call rumah dan suruh kami bersiap-siap. Alang-alang dah hampir waktu Zohor, we drop by kat surau yang berdekatan. Selesai Solat Zohor, kami pie PKNS Shah Alam coz aku cakap kat abah nak buat speck baru. Suddenly aku rasa macam daya penglihatan tak berapa nak sharp. Sebelum pie kedai speck, singgah makan nasi lemak best kat kompleks ni. Sri Geylang namanya. Kat 2nd floor. 

Gendang-gendut tali kecapi kenyang perut bantal dok menari-nari. Ups! Bukan waktu tidur lagi ya. Pie la singgah sat kat kedai speck Pak Cik Hasan. Nasib tak menyebelahi aku, optometrist tak dak which means tak boleh nak buat speck. Okay fine. 

Then, tiba2 abah cakap pie Menara Optometry kat PAS (Plaza Alam Sentral) On! Sampai je sana pie kedai Menara. Aku rasa agak lama family aku tak pie wat speck kat sana. Almost 7 years kot. Bila orang kat situ check record then baru aku tahu betapa lamanya tak jejak kaki wat speck dan ushar2 pattern baru speck.

Alkisahnya aku memang sudah aim nak wat new speck, tup tup after checkup my silau sudah naik! Waaaa. Even power maintain but silau naik is not a good sign. T___T Gara-gara wat keje kat ofis yang memang hari-hari hadap PC membuatkan mata aku @,@. SEDIH ......

Takpelah, ini tandanya aku kena lebih mengambil berat akan kesihatan mata aku. Redha dalam pasrah.

Finish about isu SPECK + MATA.

Hari Ahadnya pulak,

Alkisah aku pie gigih menjoggingkan diri di Taman Tasik Shah Alam. Sambil menyelam minum air. Kot-kot boleh main kenyit2 mata kat mamat-mamat yang bercita-cita nak mengetoughkan diri mereka.UPS! Ni dah bukan gaya aku dah ni. Hehe.

Alkisah benarnya aku dok teman adik se-U aku yang aku kenal dalam PGG. (Personal Growth Group) Almost 2 rounds and to be exact memang 2 round pun. Oh! Aku berjaya menurunkan sebanyak 4 kilo okay. Ini bukan propa tapi ini benar dan kenyataan yang penuh dengan kepalsuan semata. Ngee~

Kononnya nak buat 3 pusingan namun dek kerana keadaan kasut adik se-U PGG aku dah tercabut tapaknya, hasratnya dibatalkan. Then, kami pie PAS coz dia nak baiki kasut dari bunyik ketak-ketuk yang menarik perhatian segenap inci masyarakat di ofisnya. Cool apa kan? Hah! Maka kerana itulah aku kurang gemar memakai heels ditambah pula dengan komen mama aku yang mana nantinya aku terlampau me'langit tinggi. 

Habis je aku jogging dan jalan dengan laju, sampai umah tup-tup abah cakap nak pie balik keratong. Kata mama, Wan tak sihat. Awalnya aku menolak ajakan untuk ikut disebabkan ada plan dengan kawan-kawan STEADFAST UIA.

Namun dek kata-kata abah 'Tumpang Wan kamu masih dok ingat dan sedar lagi ni la kamu jumpa Wan'. Aku tersentap dan terus aku taip mesej 'Salam, alls. I can't make it today. Ada emergency. Balik kampung. Atok saya tak sihat. Doakan dan kirim salam pada yang lain'.

Kami gerak dari Shah Alam usai menunaikan Solat Zohor. Sempat Asar berjama'ah di Masjid tepi jalan Kuala Pilah. Lepas tu, singgah makan kat Batu Kikir dan tiba di Keratong 2 sekitar jam 6.30 petang.

Sampai2 je adik aku, Amim terus bagi salam. Aku mengintai di celahan pintu, nampak Tok (nenek) menuju ke pintu utama untuk dibuka. 

'Ya Allah,' kata Tok.
'Awat yang hampa dok baliknya ni. Kan Tok habaq toksah balik. Esok keja lagi. Sekolah lagi.'

'Rileks la Tok, bukan jauh mana pun. Bukan kat US.' Kata aku dan adikku yang lain sambil tersenyum.

Tak lama pastu dok dengar Wan panggil Tok. 

Abah membuat isyarat mata menyuruh aku menurut mama. Aku mengikut langkah mama ke bilik yang Wan huni. Lemah terbaring di atas katil. Aku sebak. Perlahan-lahan aku melarikan diri di sudut hujung rumah Tok. Setitis airmataku tumpah. Benar. Aku memang tidak kuat menghadapinya. Dek kerana itu aku tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang Doktor Perubatan.

Tidak lama lepas tu, aku masuk semula ke bilik Wan. Alhamdulillah. Wan masih boleh bercerita seperti biasa. Seperti Wan yang aku kenal. Fizikalnya tampak tidak bermaya. Namun, semangatnya kuat. 

Azan Maghrib kedengaran. Abah mengajak adik-adikku yang lelaki ke masjid berhampiran menunaikan solat Maghrib. Aku, Mama dan Yah serta Tok, setia di sisi Wan. Tak lama lepas tu aku meminta diri untuk bersolat sebentar. 

Dalam doaku, aku menitipkan agar Allah meringankan beban Wan dan menyembuhkan kesakitan yang dihadapinya. Moga Wan kembali sembuh. 

Sebelum abah ke masjid, sempat mama berpesan agar abah membelikan sesuatu untuk Wan makan. Dengan keadaan tidak bermaya dan beberapa hari tidak makan dan cuma meneguk air sahaja, sekuat mana kudrat yang Wan ada. 

Kata mama, alhamdulillah Wan jamah juga roti canai yang abah beli barang 3 suap. Sekurang-kurangnya Wan makan walau sedikit. Usai azan Isya', hampir jam 9.00 malam perlahan-lahan kami sekeluarga beransur pulang. 

Seorang demi seorang adik-adikku menyalami Wan. Tiba giliran aku, Wan tanya aku 'Najat masih kerja lagi kan?'Aku mengiakan. Wan berpesan 'Kerja elok-elok.' Ketika aku menyalami Wan, sempat aku mencium kedua belah pipinya. 'Moga Wan cepat sembuh' bisikku dalam hati.

'Ya Allah sembuhkanlah Wan'.




Let's continue our reading, Al-Imran: 10






Nur: Kadangkala Allah menguji hambaNya untuk melihat sejauhmana mereka mengingatiNya. 

20 April 2012

Indahnya Hidup

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Finally its Friday again. Boleh berehat dengan tenangnya di hujung minggu. Dan hadiri kenduri kahwin lagi dan lagi. Err. Not for this week I think. Minggu ni agendanya belum diatur. Namun, besar kemungkinan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan STEADFAST UIA dan gosip! Yay. I loike this much. =p

Hari ni pergi kerja hujan. Balik kerja hujan. Sat lagi masuk tidoq pun kot hujan lagi. Syukur. Kadangkala bumi yang ketandusan dan kering-kontang ini jua perlukan hujan. Hujan yang membasahi bumi mampu menyuburkan tanaman dan hasilnya menjadi salah satu sumber makanan pada manusia. Rezeki Allah itu luas. Siapa yang berusaha pasti menuai hasilnya. Janji Allah itu pasti.

Kat ofis tadi ada buat acara makan-makan. Yay! I LOVE eating. Bertambah seronok bola makan ramai-ramai. Natijahnya makannya pun berganda dari biasa. Tidak mengapalah, sesekali meraikan apa salahnya kan? 

Lately rasa macam terlebih masa pulak nak update entry kat teratak sepi ni. Tumpang dok ada semangat la kan. Idak dok asyik cerita kisah airmata dak? Aigoo. Namo sedih-sedih ya. Kita masih punya banyak sebab untuk terus tersenyum pada dunia. Mana tahu mungkin dengan senyuman yang terukir indah itu mampu membuatkan hati insan di sekeliling kita gembira. Tak happy gitu? ^^,

Esok after ofis hour cadangnya nak pie jalan-jalan sat. Buat terapi minda sekejap. Kira acilah kan? Dok asyik menghadap kerja yang bertimbun kat ofis yang sememangnya takkan pernah habis itu. Sesekali meraikan diri sendiri apa salahnya. Rasanya macam nak proceed dengan hajat tertangguh untuk beli kasut kerja baru. Nak cari yang lebih elok dan tahan lama. Siapa nak jadi my advisor? Angkat tangan!

Pssst, aku ada satu cerita nak bagitau. Tapi, macam tak sesuai je nak bagitau kat sini. Segan je rasanya. *blushing*  Nanti je lah ya aku bagitau kan. Alaaaa. Boleh la. Yay! Terima kasih kerana memahami. Sayang korang! <3

To whom it may concern
Selamat kembali. Ececeh! Gaya macam pergi jauh sangat-sangat kan. Moga sepanjang kembara di sana dahulu lebih mematangkan dirimu.

Dalam terang aku sembunyi
Dalam sepi aku menanti
Dalam diam aku mencari
Dan akhirnya aku mengerti


Let's continue our reading. Al-Baqarah: 238

Nur: Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Hujan seringkali mencurah-curah. Penantian ini membuatkan ku pasrah.


18 April 2012

L.O.V.E [Undefined]

Bismillahirrahmanirrahim...


Malam ni aku tak dak entry baru nak post. Dok godek-godek entry lama kat teratak sepi ni. Banyak tol karutan lipurlara kat dalam ni. Memetik entry lama seperti bawah.


Oh NO! Trouble. Trouble.
I'm in LOVE..
With who?
Like this..

'Do well and be good my LOVE'


Really?
Auw.. Auw..

Aigoo..
How sweet..
Like this..

Nur Qistina 20100421 232254



Merenung bintang di langit nan kelam. Moga sinar bahagia masih milik bersama. Bersyukurlah pada apa yang dimiliki dan janganlah disesali pada apa yang berlalu. Namun, bangkitlah demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna.



'...When no one there for you, you just has to come to Allah because He always be there for you...'


::Ya Allah, berikan aku jawapan pada sebuah penantian ini::



[Mode: Undefined]



Let's continue our reading. Al-Baqarah: 220


Nur: Ya Allah, aku memohon hanya padaMu. Aku berserah hanya padaMu. Permudahkanlah.