02 October 2012

Dah Oktober! Story Sikit!

Bismillahirrahmanirrahim...

Wow! Oktober sudah. Pantas dan sangat sangat sangat pantas masa berlalu. 2 bulan lagi tahun 2012 bakal melabuhkan tirai. Dengan ini tempoh satu tahun itu bakal berkurangan dari hari ke hari. Satu tahun itu apa ya? Ehem! Adalah kan. =p

Tumpang dok ingat dan semangat masih berkobar-kobar ini aku nak update tentang anak buah yang ke-2 yang telah selamat dilahirkan pada 9 Syawal 1423H bersamaan dengan 27 Ogos 2012. Yay! Tambah lagi seorang anak kelahiran Ogos. Pastinya baby boy! Haha. Memandangkan adik-beradik aku majoritinya lelaki  menurun la ke abang dan adik aku faktor genetik ini. Mungkinkah?

Hmm... 2 boys in the family. When the girl will get into the family. Jeng. Jeng. Jeng. Who will next deliver the first baby girl in the family? Let's watch and see. ^^,

Apa? Aku? Hahaha. Moga-moga tahun depan aku naik pelamin yach! Dok asyik pie wedding kawan-kawan jek bikin aku jeles! Haha. Bahagianya mereka membuatkan saya turut merasa bahagia. Doakan ya kawan-kawan semua. Maklumlah umur dah nak suku abad. Mari berazam menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan secara berjama'ah. Amin~

P/s: Amboi... Kemain lagi menyatakan dengan jelas, nyata dan terang ya. 

Mentang-mentanglah sekarang dah ada 'kaki' sendiri kemain lagi aku dok pie menjelajah sana-sini menghadiri walimah kawan-kawan. Jenderam Hilir, SMK Teknik Klang, Kota Puteri, Kajang, UPM Serdang, dan paling terbaru dan terjauh setakat ini, Tangkak (banyak lagi sebenarnya. kena buat listing nie). Wow! Untungla ada 'kaki' dah kan. Kemain lagi pie jelajah sana-sini. Tapi kan, lagi untung kalau ada 'drebar' sepanjang hayat kan. :)

Setelah belajar memahirkan diri memegang stereng, aku merasakan menjadi penumpang a.k.a co-pilot lebih best! Tapi, sesekali mengasah bakat drift dan racing tu apa salahnya kan? =p

Ups! Dengan sesungguhnya saya merupakan pemandu yang berhemah. Agak di highway bila tengok speed dah cecah 110 km/j sedaya upaya mengekalkan had laju yang dibenarkan itu. Namun, sesekali terlebih speed juga kan. Mana nak tahan tengok jalan raya kosong tapi bawak 90 km/j. Sedar tak sedar, terlebih sudah. Aip! Nak kena saman ke. Baik! Perlahan-lahan menurunkan speed pada had laju yang sepatutnya.

Moga Oktober lebih banyak berita gembira yang menanti. Bulan ini bulan Haji. Bulan Haji bulan Korban. Moga tiada lagi perasaan yang terpaksa dikorbankan pada jalan yang tidak sepatutnya.

Tenangkan hati, damaikan jiwa.
Mari sama-sama berzikir mengingati Allah.


Assalamualaikum semua.

Apa khabar uncle2 dan auntie2 di luar sana. Nama saya ialah Muhammad Muhib bin Muhammad Muhsin. Umur saya pada hari ini ialah 1 bulan 1 minggu. Nama mummy saya Siti Nor Hashimah binti Hashim. Mummy saya selalu cerita pada Opah saya, dia kata daddy saya malam2 bila saya uwek...uwek...daddy mesti akan bangun tengokkan saya. Mummy dan daddy saya sekarang masing-masing di tahun akhir pengajian.

Buat sementara ni, saya tinggal dengan nenek saya dekat Melaka. Setiap minggu mesti mummy dan daddy saya balik jenguk saya. Masa malam mereka balik saya nyenyak sangat tidur sebab saya tahu mummy dan daddy ada di sisi saya. Tapi, bila malam esoknya mereka nak balik semula ke UIA, saya mesti buat-buat manja dan buli daddy saya takmo tidur nyenyak. Kesiankan mereka? Tapi, saya lagi kesian sebab kena tinggal. Tapi, saya akan cuba sesuaikan diri. Mummy dan daddy saya pergi belajar untuk masa depan kami sekeluarga.

Uncle2 dan auntie2 semua doakan saya menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mummy dan daddy saya dunia dan akhirat tau. Yay! Sekarang abang Muhammad Izz Fahmi bin Muhammad Najibulmuti'e dah akan geng. Tunggu la saya besar sikit. Hehe. Mama abang Fahmi, Nur Fauzia Nazwin binti Salim kata abang Fahmi seronok sebab dah ada geng bola. Yay! Nanti kita jumpa ya abang Fahmi. :)

Kat bawah ni gambar abang Fahmi. Hensem kan dia? Lepas ni kita amek gambar sama-sama ya abang Fahmi.


Nur: Aigoo... Kejap je dah dua orang anak buah.

24 September 2012

Wow! So Long Without Any Updates

Bismillahirrahmanirrahim...

Aigooo... Kemain lama tinggalkan teratak sepi nan indah ini tanpa ada update baru. Kononnya azam nak update setiap hari yang mana akhirnya azam itu dipandang sepi. Kononnya lagi dah merangka-rangka apa yang nak ditulis akhirnya betul-betul tinggal rangka sahaja.


Puasa sudah berlalu.

Raya sudah berlalu.
Haji bakal menjelma.

Pantas waktu meninggalkan hari demi hari menggantikan bulan demi bulan. Dan seterusnya tahun. Ups! Tahun depan bakal cecah suku abad dah ni. No more muda belia remaja dah ke? Tidak! Bukan saja katakan Tidak pada Rokok namun katakan jua Tidak pada zaman Muda Belia Remaja yang semakin meninggalkan aku. Oh! Nooooooooo!!


Ehem! Syoknya esok dan lusa bakal melarikan diri seketika daripada urusan kerja dan merehatkan diri dengan kursus pemantapan kemahiran pembangunan diri. Ececeh! Kemain lagi bunyinya gaya hebat sungguh kursus itu.


Effective Training Presentation.


Wow! Awesome! Kemain lagi superb tajuk training aku esok dan lusa. Mantap dan berkesan kah pembentangan aku selepas ini? Gaya tajuknya macam nak belajar kemahiran membentang. Mungkinkah? Atau mungkinkah tidak. Kita tunggu dan lihat yach!


Serius! Sangat rindu nak update celoteh-celoteh riang-ria duka di teratak ini. Di kelapangan dan kesempatan lain. Harapnya. Sangaaaaaaaat banyak nak update especially tentang walimah. Ada gaya pasni aku jadi Host pulak untuk majlis renjeys-renjeys dipeleys-dipeleys. Kemain lagi cita-cita dan impian itu. Moga jadi kenyataan! 


Mari aminkan beramai-ramai. Aaaaaamin~




Nur: Sejak dua menjak ini kulihat awan semakin indah. Ada peluang nak terbang dengan lebih tinggi lagi nie! ^^,

30 July 2012

Melawat Kuching : Yay! (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Err. Ni la jadinya apabila bertangguh-tangguh kan. Hehe. Pasal Maya dah tanya bila nak update part 2, makanya aku menggigihkan diri men'update' nya. Aigoo. Cerita dah basi sangat-sangat ni. :p

Orite. Berikut adalah budget tiket + bas semasa ke Kuching. Memandangkan aku di sana menginap di rumah teman UIA ku Cik Faidatul Akma, makanya tiada kos penginapan di sini. Yay! Boleh pie lagi nie. =p

Tiket Air Asia KL-KCH-KL (Ni je mampu) = RM112
+ Bagasi (15kg/25kg) = RM45
+Tiket SkyBus (Pergi-Balik) = RM13.98
= RM170.98

Boarding pass details:

KUL-KCH


Flight No. AK5206
Seat No. 11A (dok tepi tingkap) syok err!
Departure Date: 23 Jun 2012
Depart: Kuala Lumpur - LCCT (KUL)
Time: 11:45
Arrive: Kuching (KCH)
Nationality: Malaysia

KCH-KUL


Flight No. AK5205
Seat No. 15B
Departure Date: 26 Jun 2012
Depart: Kuching (KCH)
Time: 11:55
Arrive:  Kuala Lumpur - LCCT (KUL)
Nationality: Malaysia


Tu dia aih! Details la sangat kan 'boarding pass' aku kan. Ngee~


Makanya seawal jam 7.00 pagi aku memaksa adikku yang tersangatlah 'free' menghantarku ke stesen LRT Asia Jaya. Tibanya aku di stesen LRT KL Sentral pada jam 7.40 pagi.

Err. Janji jumpa pukul 7.30 pagi. Tapi, aku percaya depa tak sampai lagi. Ngee~

Dalam jam 8.15 pagi kami dah bersiap-sedia naik SkyBus. Bas bertolak jam 8.30 pagi dan dijangka tiba di LCCT sekitar jam 9.15 pagi. Tu dia aih. Lama kemain bertapa kat LCCT sebelum fly-fly away kan?

Setibanya di LCCT pie 'drop bag' segala semua. Kemain lagi amek bagasi berat 15kg, walhal separuh je bagasi aku. Ececeh! Ko ingat nak pie Kuching tak balik-balik dah ke? =p Syok err pie jalan-jalan. Excited + neves. (Neveslah sangat kan) Pasal apa? Kononnya first time naik kapal terbang. Kesian saya kan. Takde siapa yang sudi bawak naik kapal terbang. Apa ko ingat best sangat ke naik kapal terbang tu? Macam nak bas dok tegak lama-lama dalam tu. Best lagi jalan-jalan naik kereta. Bila-bila nak berhenti pun boleh tau. Naik kapal terbang ko nak pie menyinggah katne? Apa ko ingat atas awan dok ada RnR ke apa? Lol. ;p

Nak naik kapal terbang selalu kena kawen dengan pilot yang beriman la nie. Err... Ada ke pilot yang beriman yang nak beristerikan saya nie? Ngee. Boleh terbang selalu. Tapi, yang tak bestnya selalu kena tinggal. Takmo la camnie. +_+

Aip! Bab merepek nombor satu. Sambung balik.

Sebelum naik kapal terbang, kami masing-masing dok melepak kat kerusi Rest n Go tue. First time aku lepak atas kerusi tue. Selalu dok tengok adik-adik aku n ayah aku jek lelepak atas kerusi tue. Syok woo. Err. Korang tau ke kerusi Rest n Go tu apa? Kerusi urut. Tu dia aih. Memang segar la jugak after lelepak atas kerusi tu. (Tapi, sampai sekarang aku dok heran pasaipa ayah aku kata tak berasa langsung dok lelepak kerusi tue. Hmmm. Musykil nie).

Yay! Time to board. Here we go. Konon nak amek gambar masa perjalanan ke kapal terbang tu la kan. Tapi tengok ada 'jaga' yang mata macam helang terus batalkan niat murniku itu.

Sekarang saya dok ada atas kapal terbang dah nie. Syok ke? Macam dok dalam bas ekspres je. Takde best mana pun. Kan?

Okay! Get ready, kita akan take off. One, two, three. Yuhuuuu~ I loike! Hehe. Naik kemain tinggi lagi. Dulu-dulu aku dok selalu dengar cerita kalau masa nak take off kena telan air liur banyak-banyak pasai nanti telinga berdengung. Pasai aku tak rasa pape pun eh? Hmm. Heran nie.

Tak lama pas dah take off, pramugari n pramugara buat show jap. Terhibur la kejap aku dengan show mereka. Tau ke show apa? Hahaha. Cara-cara mengikat tali pinggang keselamatan dan juga memakai jaket keselamatan. Chop! Silap sudah. Ni sebelum take off la. Kalau dah take off baru nak tunjuk apsal pulak kan. Ngee. Maklumlah lama dah kan. Memori tak berapa kemas nie.

30 minit kemudian ada la sesi jualbeli atas kapal terbang tue. Dan aku pun terbeli air mineral Spritzer 350 ml dengan harga RM3. Mahal wooo. Konon-konon aku nak seludup air masuk dalam kapal masa kastam dok check tu. Entah macam mana aku terjadi baiklah pulak kan. Haha. Sudahnya masa balik ke KualaLumpue aku seludup satu botol. Takyah beli air yang mahal boleh dapat 2 botol 500ml tue. Ngee..

Perjalanan selama 1 jam 45 minit. Tak lelap langsung aku. Pasai dah tak tau nak buat apa, sempat aku 'touch up' sket.  Sapu bedak compact, pakai celak dan pelembab bibir. Awatla aku tak bawak buku sebuah buat isi masa lapang kan? Hmm. Nak jenguk luar tengok awan, jenuh dah tengok n snap gambar. Maklumlah, dok heran jap tengok awan.

Masa kapal terbang melanggar awan, saat itu macam 'Wah! Gini ke rasa langgar awal.' Cuak? Nope. Aku suka adalah. Haha. Akak ofis cakap 'Apalah ko nie. Orang cuak ko suka.' Ngee. Nak wat cane. Cool kot rasanya. Err. Tapi dalam hati mengucap banyak2 la. Tak cuak tapi best! Err. Guana tu?

Sampai dah Kuching. Yuhuu. Nampak la Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia. (betul kan?) Macam rupa ular kena palu je gayanya. Panjang dan berliku sana-sini. Selesai amek beg, dok calling2 sat. Member aku tengah stuck kat dalam jammed. Huwaaaaa. Kuching pun macam KL ke? Jammed hari-hari? Sob. Sob. Sob.

Dekat kol 3.30 petang jugaklah member aku sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sempat jap aku dok lawat kawasan pasal dok heran dengan kemeriahan lapangan terbang tersebut. Rupa-rupanya ada artis yang dok wat persembahan. Siapa? Aku tak amek port. Yay! Sampai dah member aku. Angkut barang masuk beg dan terus meluncur ke Kuching.

Perkara yang tidak putus-putus keluar dari mulut aku adalah mengenai jalanraya nya yang sangatlah lain dari Kuala Lumpur dan Semenanjung. Tarnya sangat berkilat seolah-olah baru dibasahi air hujan. Serius! Aku sangat heran dan kagum dengan sinaran tarnya. Yang mana kalau aku nak betulkan tudung pun boleh nampak wajah aku. [Err. Ni terlampau okay. ;]

Orite then. To be continued on next part. Aci kan saya dah sambung? Ngee.

Selit sikit kisah Ramadhan.

Hari ni masa dok terawih kat Masjid Negeri Shah Alam, hati aku kagum dan tersentuh.

Kagum kerana adik yang pada hemat aku berumur dalam lingkungan 8 hingga 9 tahun, mampu merapatkan saf yang jarang tanpa disuruh oleh makcik di sebelahnya. Nampak je makcik yang solat sebelahnya beralih tempat. Terus adik ini angkat sejadahnya dan bentangkan semula rapat ke makcik seorang lagi.

Tersentuh kerana, jama'ah di sebelah aku yang memakai sejadah kecil yang awalnya bentang menegak hanya untuk dirinya, mengalihkan dan membentang melintang berkongsi dengan aku. Terima kasih.

Ramadhan kali ini memang sungguh berbeza. Entah kenapa aku merasakan sesuatu kelainan di dalamnya. Moga jawapan pada sebuah pencarian akan ku temui dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmah dan keberkatan ini. Amin~


Nur: Esok dah kerja balik. Yeah! Mari tidur sambil gosok baju. :p 

20 July 2012

Rindu Nak Update + Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Rindu sangat nak update blog ni macam dulu-dulu zaman study. Ada je kisah nak coret kat sini. Bila baca semula rasa macam, waaaaaah! Hidup ini sangat indah penuh dengan warna-warni. I loike.

Malam nanti dah boleh mulakan solat sunat terawih. Rindu sangat suasana berpuasa di Taman Ilmu dan Budi. Buka puasa sama-sama, terawih di MPH mahallah Nusaibah atau bila rajin sikit pergi menapak menuruni tangga Batu Caves yang tinggi itu menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah. Petang-petang menapak pergi Bazar yang kadang kat Convest Hill dan kadan kat depan Engine dan CAC itu. 

Bila nak mula puasa je, mesti akan ada event pemberian bubur lambuk di Masjid Sultan Ahmad Shah. Agak ada rezeki dan takde kelas, pie sana join kawan-kawan laik amek bubur lambuk. Kesedapannya lebih terasa bila kena beratur panjang-panjang, menunggu dengan sabar pengagihan bubur lambuk daripada kakitangan masjid mahupun AJK yang terlibat. Memori sungguh.

Belum campur lagi berbuka puasa beramai-ramai di Masjid Sultan Ahmad Shah. Ada hari tu makan hidangan stail Arab. Roti + sup. Kadang agak lebih mewah dapat berbuka dengan beriyani. Wah! Tak sangka aku ada memori ini. Tidak rugi menerima ajakan kawan-kawan turut serta memeriahkan iftar anjuran Masjid Sultan Ahmad Shah. Paling penting, bila berbuka di masjid dapat save bajet! Makan pun best2x. 

Belum tambah lagi dengan sambung solat Terawih dengan di'Imam'i Sheikh-Sheikh jemputan yang hebat. Ala-ala di Mekkah dah gayanya. Manakan tidak, jama'ah yang terdiri daripada berbilang bangsa dan negara itu. Tunduk pada Yang MAHA Esa memohon rahmat dari-Nya.

Alhamdulillah, kali ini Allah bagi ruang dan peluang untuk melalui bulan Ramadhan selaku seorang pekerja buat kali ke-2. Jika tahun lepas, usai waktu kerja berakhir, aku bergegas pulang menaiki KTM. Habis je berbuka + solat Maghrib, jika malam tersebut aku mengendalikan tuisyen, terus menuju ke tempat tuisyen. Maknanya terawih bersendirian la aku di rumah usai kelas berakhir. Jika tidak, bersama-sama Abah, Mama n adik2 ke Masjid Negeri Shah Alam berterawih di sana. Sangat meriah dan indah suasana itu.

Tidak tahu kenapa, Ramadhan kali ini amat aku nantikan. Barangkali ada berita gembira mungkin semasa melalui ibadah puasa sekaligus menunaikan rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. 

Alhamdulillah, Ya Allah puji-pujian layaknya bagi-Mu. Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat hamba-Mu yang lemah hina ini. 

Nur: Permudahkanlah segala urusanku. Berkatilah umurku. Tetapkanlah imanku. 
*Entah mengapa hati ini teramat rindu menanti hadirnya Ramadhan kali ini. Sayu + sebak. 

11 July 2012

Penghayatan Malam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit sebanyak perkongsian yang sempat saya dengar dari Dr Zulkifli Al-Bakri. Ini apa yang saya dengar dan catat. Mungkin ada yang tertinggal, makanya bolehlah rujuk pada mana-mana rujukan yang lebih dalam lagi kupasannya. Penyampaian Dr Zulkifli Al-Bakri memang mantap dan padat. Alhamdulillah diberikan ruang dan kesempatan menghadiri kupasan beliau tentang Nisfu Sya'ban.

1. Istighfar dan Taubat

Banyakkanlah istighfar dan banyakkan bertaubat pada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taubat. Apabila hati merasa resah gelisah, teruskanlah beristighfar hingga hati kembali tenang. 

Barangsiapa yang rezekinya sukar, banyakkanlah istighfar supaya lapang rezekinya.

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.

2. Golongan yang tidak diterima doanya/ tidak diampun

Berdasarkan beberapa hadis yang dibacakan beliau, antara golongan yang tidak diterima doanya/tidak diampun:

i. Syirik pada Allah
ii. Berdendam dan dengki sesama manusia
iii. Membunuh diri 
iv. Penzina
v. Berhibur yang melampaui batas

3. 5 malam tidak ditolak permintaan (doa) 

Nabi s.a.w. bersabda: "Ada 5 malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya'ban, malam Jumaat, dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)."

i. Malam jumaat
ii. Malam awal rejab
iii & iv.Malam dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha)
v. Malam nisfu sya'ban

4. Menghidupkan malam Nisfu Sya'ban

Boleh menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan amalan-amalan seperti zikir, membaca qur'an, qiamullail, dsb. dengan syarat:
i. Tidak mengadakan solat khas khusus bagi malam Nisfu Sya'ban
ii. Mengatakan amalan tersebut merupakan sunnah nabi

Menghidupkan dengan beribadah secara bersendirian kepada Allah.

Kesimpulan

Kita mestilah membersihkan hati supaya tidak termasuk dalam golongan yang dengki dan berdendam pada manusia yang lain dan sentiasa memelihara hati kita sepanjang masa. Jadilah insan yang sejahtera hatinya, baik jiwanya dan sentiasa memenuhi hak orang lain.

Wallahu'alam.

P/s: Ini hanyalah catatan haru-biru yang sempat saya ambil sepanjang kuliah Dr Zulkifli Al-Bakri. Mana yang kurang dan silap itu harapnya dapat diperbetulkan.

Salam Nisfu Sya'ban.

5 Julai 2012
12.09 A.M
Kamar sepi nan indah