11 April 2010

Selamat Praktikal Kawan-kawan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Esok (12 April 2010) merupakan hari pertama aku melaporkan diri di tempat praktikal selama 3 bulan. Kena ingat ni. Sejarah SPM 2010 tanya kot soalan ni. Haha. Gurau ja. Untuk menjawab soalan Sih Sayekti Ngadimun (Saja nak femeskan Sih kat sini. Jangan marah. Hehe), aku akan berpraktikal di INTEKMA Resort selama 3 bulan. Masuk kerja pukul 9.00 pagi - 6.00 petang (Masak woo..Huhu. T_T) pada hari Isnin- Jumaat dan 9 pagi hingga 1 tengahari pada hari Sabtu. (Waa.. dah tak cuti Sabtu Ahad..sob..sob). Berdebar? Itu pasti. Dub dab. Dub dab. Dub dab (Speed 5) Cuak kot. Apapun bertabah!!

Aku akan ditempatkan di bahagian Sales & Marketing Department. Tentang job scope kerja aku ni, akan aku ceritakan bila aku balik dari kerja esok ya kawan-kawan. Bawak bersabar ya. Hehe. Hari Jumaat hari tu, aku sempat melawat-lawat tenpat praktikal aku ni. Bak kata orang site visit. Cewwah! Macam lawat tapak projek berjuta-juta je gayanya. Ala.. Apa salahnya. Bagi can la aku nak berangan mat jenin. Yang korang jeles sangat ni kenapa? Ada aku kesah? Gaga. [Lady Gaga] =)

Okay la kawan-kawan. Malam dah nak melabuhkan tirai ni. Mata aku pun dah macam biskut masuk angin. Kata orang Jawanya (Refer pada my sayang, Faradilla Mohd Hamdan- yang apa khabar agaknya dia ni. Maklumlah, orang bakal jadi PTD. I ni budak sekolah lagi. =P) dah lemau. Kalau makan biskut lemau ni pe rasa agaknya? Tak sedap kan? Jadinya, aku harus la melabuhkan kepala atas bantal, baca doa, pejam mata, dan masuk ke alam mimpi. Yay! Moga diberi ilham tentang esok. Huhu. 

Doakan aku ya kawan-kawan. Aku ni, dahla pemalu orangnya, pendiam, suka duduk bawah tempurung macam Keroro tuh. Gaga. Okay, tanda aku semakin mengarut. Bak kata my sayang lagi 'Mengarutlah ko' Pssttt..Jangan gitau my sayang tau. Dia ni 'senget' sikit. Haha. [nota: jangan marah-marah sayang, nanti diambil orang.] Aku tau salah, biarlah, aku punya suka la nak tulis apa. Suka je nak sibuk korang ni. Sibuk ja. Huh! Menyampah I dengan you ni tau. Hehe. =P



Nur: Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini. Amin..

10 April 2010

Sek Keb Seri Puteri

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Alhamdulillah, perancangan untuk berbakti di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri dipermudahkan. Dengan perjalanan yang mengambil masa sehingga 3 jam, kami sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Pelik bin ajaib dengan laluan yang digunakan. Mungkin untuk mengelak jammed di AKLEH menyebabkan pemandu bas menukar laluan dengan DUKE, GUTHRIE dan kemudiannya PLUS. Tak mengapalah. Janji sampai. Manakan tidak pada sangkaanku hanya 1 jam akan tiba di Seremban. Alih-alih KL lagi. Eh? KL lagi. Layan~

Bermalam di Villa Puteri Ma'ahad Tahfiz As-Sa'diah di Senawang, Negeri Sembilan. Masyuk woo. Villa kami ini di dalam kawasan perumahan Taman Rasyidah Utama. Teringat aku lagu kumpulan WINGS.

TAMAN RASYIDAH UTAMA

Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku diluka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta

Ku berjalan di dalam hujan

Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita

Sebagai satu kenangan

Ku ciptakan satu taman
Rasyidah utama
Sebuah kubur cinta

Ku berpijak nyata di sini

Tak tercapai bintang di langit
ku siramkan air mata
Pada darah cinta
sebagai hiasan taman ini

Rasyidah utama...

Sebuah kubur cinta
Rasyidah utama
Sebuah kubur cinta...

Biarkanlah aku di sini

Menjadi nisan cinta ini
Izinkanlah aku mengenang
Dirimu oh sayang 

Eh?! Lagu ni macam tau-tau je cinta pertama telah dikuburkan. Betulkah? Zaman bila pulak aku bercinta ni? Bercinta dengan exam barangkali. Ya. Mungkin tepat mungkin tidak. Kerana, exam itu telah ku kuburkan buat sementara waktu. Gaga. [ Lady gaga kah?] =)


Kembali ke cerita asal. Pada jam 7.15 pagi , kami tiba di Sek Keb Seri Puteri. Cantik sekolahnya. Besar sekali. Oh ya! Mari aku cerita sikit tentang sekolah ini. Asalnya sekolah ini dikenali dengan Sek Convent. Telah bertukar nama pada S.K Seri Puteri. Memandangkan namanya sendiri Puteri, makanya muridnya terdiri dari puteri-puteri sahaja. Tiada putera. Senang kata sekolah perempuan semua. Gurunya juga semua perempuan.

Setibanya kami di sana, hujan turun mencurah-curah ke bumi Sek. Keb. Seri Puteri. Bak kata guru besarnya 'Hujan rahmat'. Kem yang diadakan pada hari itu adalah Kem Smart Solat. Adik-adik yang mengikuti kem ini terdiri daripada darjah 3, 4 dan 5. Adik-adiknya sangat 'excited' menyambut kehadiran kami. Comel-comel mereka ini. Apapun, harapan kami semoga apa yang kami kongsi dengan mereka tentang solat itu dijadikan panduan mereka untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. 
Hah! Nak tengok gambar la tuh. Macamla aku tak tau korang tuh. Seperti biasa, aku akan update bila dah dapat gambarnya. Okay semua? Jangan tarik muncung 14 belas sampai boleh gantung penyangkut baju pulak. Hehe. Sabar ya kawan-kawan. ^^,

Nur: Solat menenangkan jiwa.

09 April 2010

Exam Dah Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Alhamdulillah, akhirnya exam akhir semester 2 2009/2010 telah pun berakhir. Dengan gap 9 hari menanti kertas yang terakhir bagi subjek Marketing Management Strategy. Sebut tentang subjek ni, entah kenapa, dengan gap 9 hari tak mampu untuk membuatkan aku perform dengan baik. Risau aku tentang keputusannya. Apapun, aku telah meletakkan usaha yang jitu untuk ke semua exam yang telah ku lalui. Sekarang masa yang ada sebelum result keluar harus digunakan sebaik-baiknya untuk berdoa dan bertawakal. Walau apapun keputusannya, aku harus terima dengan redha. 

Sekarang aku berada di rumah untuk cuti selama 3 hari sebelum memulakan sesi praktikal. Di mana? Aku akan khabarkan pada entry pada hari pertama aku melapor diri. Berdebar rasanya untuk saat itu. Tapi, tak mengapa pengalaman itu hanya akan diperolehi apabila semuanya ditempuhi. Bukan hanya berimaginasi kita berjaya tempuh pengalaman itu. 

Dalam masa 3 hari ini juga, beberapa perancangan telah dibuat. Pastinya salah-satu adalah agenda mengemas rumah. Usai tiba sahaja aku di rumah, habis aku 'godam' bilik aku ni. Puas hati aku rasanya dapat me'lapang'kan bilik ini. Mana taknya kalau sebelum ini aku hanya tidur dan huni untuk tempuh 2-3 hari sahaja. Kali ini, 3 bulan aku akan huni bilikku yang telah lama ku tinggalkan sejak duduk di asrama dari Tingkatan 1.

Antara perancangan:

1- Mengikuti program Khemah Ibadah di Seremban ( STEADFAST)
2- Mengemas rumah
3- Menyediakan barang keperluan untuk praktikal 
(court shoes, dress code , dsb)
4- Menyediakan mental & fizikal untuk hadapi apa sahaja rintangan yang mendatang.
(Perlu kuat dari semua segi)

 Nur: "Ya Allah, permudahkan urusanku ini"

08 April 2010

Penantian

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Ke hadapan kau yang tak pernah ku kenali..

Entah angin apa yang membuatkan aku berani mencoretkan catatan ini. Sekadar untuk meluahkan rasa yang membelenggu di hati barangkali. Jujurnya, aku tak pernah pun terfikir untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Pada aku, bila waktunya telah tiba pasti ia akan datang sendiri. Kelak, tiada hati yang terluka, tiada air mata yang mengalir, tiada dendam yang terpendam.

Kata seorang penulis, jodoh itu adalah rahsia. Ia terjawab bila tiba masanya. Tidak ada petanda, pembayang atau ramalan. Apabila bertemu jodoh, bersatulah pasangan itu. Jadi, untuk apa aku risaukan tentang rahsia yang memang tersimpan rapi dalam jagaan Allah Ta'ala. Benar, kata orang kita tak boleh menunggu jodoh, kita harus mencarinya. Kira, dalam tempoh itu kita berhak untuk mengenali dan membuat penilaian tentangnya.

Tak salah bukan jika kita ingin memilih yang terbaik. Tak salah juga untuk kita menolak seseorang dalam hidup kita. Selagi mana kita belum bersedia untuk menempuh alam yang baru, mengapa kita nak menjebakkan diri dalam semua itu. Jika teman yang kita kenal atas dasar kerja, jadi kenapa mesti dipanjang-panjangkan untuk bertanya khabar dan sebagainya. 

Aku bukanlah mahu menidakkan fitrah diciptanya manusia itu berpasang-pasangan. Pernah juga rasa untuk disayangi dan menyayangi muncul. Tapi, cepat-cepat aku ingatkan diri, rasa itu hanyalah untuk kau yang dijanjikan untukku. Pernah ada yang menghulurkan salam padaku, tapi secara halus aku menolaknya, kerana aku masih tidak bersedia untuk semua itu. 

Aku menginginkan yang terbaik untuk diriku. Aku mengimpikan seseorang yang mampu memanduku dan memimpinku ke jalan yang diredhai Allah Ta'ala. Jadi, aku harus menyiapkan diriku ke arah itu. Aku harus sentiasa memperbaiki diri yang serba kekurangan ini sehinggalah kita bertemu. Dan semua ini akan berterusan.

Andai kau yang ditakdirkan untuk diriku, aku menerima ketentuan Allah ini. Tentunya rasa kasih itu akan bercambah hari demi hari sehinggalah kita bertemu. Selagi kita masih belum mempunyai ikatan yang sah, janganlah kita hanyut dalam rasa ini. Janganlah sehingga kita melanggar laranganNya yang mana natijahnya akan membawa kesusahan di masa hadapan.

Yakinlah pada janjiNya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Cintaku ini hanyalah untuk Allah. Pastinya Allah akan memanduku pada orang yang juga menyintaiNya. Suatu hari nanti, bila kita telahpun bertemu, pasti aku akan khabarkan apa yang ingin aku katakan selama ini. InsyaAllah.

Salam sayang dari yang tidak mengenalimu,
Nur Qistina
20100408
0545

05 April 2010

Sepi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Ingin mencari pelangi,
ingin menggapai bintang.
Ingin dibiar sepi,
ingin kosong tidak berpenghuni.
Ingin pergi tanpa jejak.

Selamat Tinggal...

Nur Qistina 1714 20100405