26 June 2010

Catatan Rindu 1

Catatan Rindu 1

Mata ini masih enggan dilelapkan. Ada sesuatu yang mengusik tasik hati ini. Sewajarnya pada waktu sebegini, waktu rehat yang telah direncanakan harus dihargai sebaiknya. Esok hari, dia bakal sibuk dengan aktiviti rutin seperti biasa. Semakin dia menahan kata hati yang begitu ingin sekali meluahkan tentang 'sesuatu' itu, semakin segar matanya. Kelopak matanya bagai ditahan-tahan untuk terlena.

Dia cuba ketepikan segala bayangan lalu. Tapi, masih gagal. Sewajarnya, bayangan itu telahpun dileraikan dari laci memorinya. Namun, ada batu besar yang menghalang laluan bayangan itu untuk di'usir' pergi. 

Januari 2000

Sayu rasanya untuk menamatkan alam rendah persekolahan. Teman-teman sepermainan, bakal berpisah membawa haluan masing-masing. Ada yang bakal melanjutkan alam menengah persekolahan hanya berdekatan dengan rumah, yang mungkin jarak cuma beberapa ratus meter, dan ada juga yang bakal menghuni asrama untuk belajar berdikari.

Satu hari dia berada di sekolah harian, membuatkan dia lelah. Sesi persekolahan bermula seawal jam 1.10 tengahari dan tamat selewat jam 6.50 petang. Satu kepastian, dua waktu solat akan dilaksanakan di sekolah. Tanggungjawab seorang hamba wajib dilaksanakan. Mengalahkah dia? Hanya satu hari mampu bertahan di sana. Mungkin jalan yang telah diatur untuknya bukan di situ. 

Seminggu berlalu. Teman-teman semakin serasi di sekolah satu harinya. Mungkin telahpun menyesuaikan diri dengan alam yang baru. Alam yang lebih mencabar. Satu surat diterima. Urusan Seri Paduka Baginda terpampang di penjuru bawah surat. Seolah-olah dapat mengagak isinya, dia menarik nafas kelegaan dan bersyukur kerana penantiannya berakhir. Tawaran ke sekolah berasrama.

Rata-rata teman memilih untuk ke sekolah harian, tapi dia memilih untuk ke sekolah berasrama. Terletak nun jauh di hujung negeri. Masih dalam negeri tempat tinggalnya, cuma berbeza daerah. 

Persiapan satu demi satu dilakukan. Hati dia bercampur-baur. Sayu, cemas, gembira dan pelbagai lagi rasa. Terasa sesak di dada untuk meninggalkan rumah tercinta. Tapi, ada impian yang harus digapai. Walau hati telah tetap untuk pergi jauh di hujung negeri, sedikit 'rasa' yang cuba dielakkan hadir juga. Hati harus digagahkan. Harus keras dan terus tabah. Dia yang memilih jalan ini. Dia harus tempuhinya dengan tabah dan cekal.

25 June 2010

Dalam Hati Ada Taman

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Mesti ramai yang berkata macam pernah dengar je ayat tajuk entry di atas. Pastinya bukan aku ingin mengulas tentang filem yang ada ayat ini. Tak silap aku tajuk cerita yang mempopularkan ayat di atas adalah Adnan Sempit. Apa yang membuatkan aku memilih tajuk entry 'Dalam Hati Ada Taman'.

1. Hati itu menggambarkan seketul daging yang berada dalam diri manusia. Yang mana jika bersih hati itu maka baiklah insan yang memiliki hati itu. Jika kotor hati itu maka tidak baiklah insan itu. Hati diibaratkan sebagai raja dalam diri manusia. Hati harus dijaga sebaiknya. Kerana jika hati yang dijaga dengan sebaiknya oleh pemilik hati itu, maka akan beruntunglah kehidupan pemiliknya.

2. Taman sering digambarkan dengan sesuatu yang indah dan damai. Yang mekar dengan bunga-bunga yang berwarna-warni dan saujana mata memandang dek kehijauan pohon-pohon yang merimbun. Taman yang dijaga dengan baik dapat mendamaikan mata-mata yang memandang. Mampu menenangkan hati yang resah gelisah. 

Gabungan hati dan taman ini adalah sama. Sama yang dimaksudkan harus dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Jika hati dibiar terus diresapi dengan 'sesuatu' yang tidak baik maka, rosak binasalah hati itu.


Nur: "Ya Allah, peliharalah hati-hati kami." Amin~

23 June 2010

Munajat

MUNAJAT..
by: Nadamurni

Tuhan
Kubisikkan Kerindukan
Keinsafan Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Chorus:
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Chorus:
Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku..
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan..

21 June 2010

Perjuangan Pahit Manis Itu Memerlukan Ketabahan


Bismillahirrahmanirrahim,,.
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Aku semakin hilang rentak tari bicara. Semakin ketandusan 'semangat'. Semakin bercampur-baur rasa. Kekangan masa, kekangan tenaga untuk terus stay up di malam hari, dan pelbagai 1001 alasan lagi yang ingin kuberikan. 

Satu kata-kata yang memberi sedikit 'semangat', secebis barangkali,

"Kita mempunyai 1001 alasan untuk terus beralasan, namun kita punya satu sebab sahaja yang memungkinkan untuk kita tidak terus memberi alasan 'KERANA AKU MAHU BERUBAH' "

Ya! Aku mahu untuk melakukan perubahan itu. Dan seharusnya aku perlukan perubahan itu kerana yang pasti dapat membawaku ke arah kebaikan. 

Aku hanya manusia biasa, yang kadang-kadang terlepas laku, tersalah bicara, terlanjur kata, namun aku sentiasa mencuba untuk tidak terus beralasan lagi. Mungkinkah? InsyaAllah. 

Walau terkadang kerap aku melanggar 'tatasusila' dalam erti kata pada seseorang yang mempunyai 'taraf' bawahan, namun aku juga punya hati dan rasa yang ingin difahami. Biarlah aku mengalah walau ku pasti bahawa tiada kalahnya jika aku mengalah, bahkan aku akan berada di kalangan mereka YANG JUARA kerana mampu mengawal 'amarah' yang membukit.

Ampunkan aku Ya Allah. Hanya doa yang mampu ku titipkan kerana hanya dirinya yang mampu mengubah segalanya. Walau ku tahu semua itu tak akan pernah berlaku melainkan dengan izin-Mu, namun aku sentiasa berharap agar sinar bahagia itu akan muncul lalu terus terus menemaniku. Jauhka segala mimpi ngeri itu. Kerana aku jua manusia yang ingin dimengerti.


Aku tahu bahawa dia takkan pernah membaca coretan ini, Jika dia bisa memahami dan cuba menyelami hati seorang insan yang tandus 'pengertian' darinya, pasti dia memahami mengapa jiwa ini memberontak. Moga dia mendapat pimpinan dari-Nya untuk cuba belajar memaafkan dan me'bebas'kan dari 'dunianya' itu. Lakukan apa yang dikata dan tunjukkan teladan yang seharusnya.

Nur: Ya Allah, Kau bukakan pintu hatiku dan hatinya...Amin~

16 June 2010

Award Top 100 Follower

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semu pembaca yang budiman...

Tajuk kat atas pasal award kan? Jadi aku terus ke topik utama tentang award ni. Aku dah follow blog Geng Cerita Sensasi. Tup. Tup AJ baik hati nak bagi award pada top 100 follower dia. Terima kasih ya AJ. Susah-susah je. Nanti belanja aiskrim eh. Hehe.

Ni pun dah tertangguh nak kutip award ni. Nasib aku tak kena wachaaa ngan AJ ni. Manyak cantik nak wachaa.. aku. Karang aku hiyyah...wachaaa...wachaa..AJ ni...baru dia tau. Hehe. Lagi power. Tau sebab apa? Sebab aku ada jurus manyak cantik muka lu. Haha.


Okay, aku dah mula karut-marut ni. Di kesempatan ini aku nak ucapkan Terima kasih pada AJ sebab sudi nak bagi award kat aku. 1st time dapat award tau sepanjang ber'blogger' ni. Terharu sambil mengesat air mata. Hehe. Terima kasih. Terima kasih (sambil angguk-angguk kepala). Nak aku bagi ucapan ke? Tak perlu rasanya. Hehe. Karang makin banyak aku karut-marut lagi. Chinchow!  ^ ^,

Nur: Best kan dapat anugerah? Saya nak ABP 2010 boleh? Haha....